Apa lagi yang cuba di canang oleh Rafizi tu, dengar cerita pasal dana 1MDB.
PM Najib telah menyatakan dengan jelasnya di sidang parlimen bahwa dana 1MDB ada sebanyak 5 bilion. Tapi dinafikan oleh Rafizi, katanya ada 6 bilion. Jadi apa dia punya masalah, kalau pemerintah ada membuat suntikan tambah yang berada di luar pengetahuan Rafizi. ?
1MDB menjadi isu apabila kenyataan Salleh Said dibidas oleh Dr M. Tapi diambil kesempatan oleh Rafizi sekaligus konon bersetuju dengan Dr M. Alahai :-)
Tapi harus kita tahu dan faham 1MDB milik pemerintah yang sudah tentu dananya datang dari pemerintah bagi menggerakkan matlamat 1MDB itu sendiri, sama ada untuk pendidikan atau saja untuk perniagaan jangka panjang dan pendek, seperti contoh pembelian tiga janakuasa milik YTL dan lain lain.
Dan terbukti sehingga sekarang 1MDB masih berfungsi seperti biasa, tidak ada pula Dr M menyatakan kalau 1MDB sedang mengalami kerugian yang disebabkan penyelewengan.
Bukan kita tidak tahu niat di sebalik tuduhan yang dilemparkan oleh Rafizi. Supaya rakyat menyimpan rasa benci pada pemerintah.
Sebelum ini, ada banyak tuduhan liar oleh Rafizi terhadap invidivu yang ada kaitannya dengan pentadbiran pemerintah. Contohnya, tuduhannya terhadap Peguam Negara yang di kaitkan dengan pemilikan Pulau Batu Putih oleh Singapura. Tapi tidak lama selepas itu Rafizi meminta maaf, tanda tuduhannya adalah semata mata spekulasi yang berbau fitnah. Nampak, nah sekarang giliran 1MDB.
Bagaimana pula tuduhannya terhadap Khalid Ibrahim sebagai penyalahguna harta masyarakat Selangor kenapa Rafizi tidak membawanya ke muka pengadilan untuk di adili. Jangan di lupa penyalahgunaan kuasa oleh Khalid telah diketahui lama sebelum lagi konflik politik di negeri Selangor tercetus. Kenapa. ?
Klik link di bawah, artikel ini yang admin cuba cerahkan.
http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2014/09/11/rafizi-bakal-dedahkan-hutang-1mdb/
Posted via Blogaway Jals
No comments:
Post a Comment