Thursday, September 4, 2014

Pendapat Azmi Sharom Yang Tidak Rasional.

Selepas didakwa bawah Akta Hasutan, pensyarah undang Prof Madya Dr Azmi Sharom katanya, tentang undang-undang berhubung kata-kata mempunyai unsur kebencian, tidak akan bermakna jika terdapat pendakwaan terpilih.

Yang dimaksudkan oleh Tuan Dr Azmi ni ialah penguatkuasaan undang undang hasutan, pada pendapatnya tidak akan memberi apa apa makna kalau juga pendakwaan dibuat secara terpilih. (Orang itu buat, dibolehkan, orang ini buat dilarang). Maksudnya ada unsur unsur pilih kasih di dalam membuat pendakwaan. Dan ini kenyataan yang bijaksana kah ya, yang datang dari seorang ahli akademik.?

Sebenarnya langsung tidak, malah sengal. Mungkin dia buat buat lupa, tujuan akta hasutan di kuatkuasakan adalah untuk menghalang mana mana kumpulan individu dari mengeluarkan kenyataan yang berbau hasutan sebab risau ia akan mencemarkan kedaulatan atau saja menggugat keharmonian masyarakat Malaysia.

Janggalnya, sudah tentu dia seorang ahli akademik yang juga pengamal undang undang. Jadi apa keperluannya dia  terikut ikut dengan orang lain dengan mengeluarkan kenyataan kenyataan yang berbau hasutan, apa tidak ada sudah ayat lain lagi bersopan yang boleh digunakan untuk menerangkan perkara atau isu yang dia cuba jelaskan.?

Sebelum ini dia di dakwa dibawah akta hasutan sebab memperlekeh kedaulatan perlembagaan di negeri Perak semasa krisis Menteri Besar memuncak. Sama juga dengan mendiang Karpal yang memperlekeh kedaulatan Sultan Perak.

Ini ahli akademik.

Klik link di bawah, artikel ini yang admin cuba cerahkan.

 http://www.malaysiakini.com/news/273644 


Posted via Blogaway Jals

No comments: