Monday, September 1, 2014

Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Negeri Sabah Hambar.?

Dengar cerita sambutan hari kemerdekaan peringkat negeri Sabah yang diadakan di stadium Likas mendapat sambutan yang hambar berbanding sambutan kemerdekaan ke 51 yang di anjurkan oleh politik STAR di Tanjung Aru.

Kenapa boleh jadi begitu, sesuatu perlu difikirkan.

Mungkin kah ini disebabkan oleh hilangnya kepercayaan masyarakat Urban terhadap kepimpinan BN di negeri Sabah.
Jadi benarlah BN hanya kuat di luar bandar, kenapa hanya di luar bandar apa dia punya beza.?

Pada saya, kepimpinan BN di dalam Urban perlu di transformasikan, usah lagi mengguna pakai pemimpin muda atau lama yang sudah mendapat cop di dahi, sebagai dinafikan. Kalau juga mereka tidak mahu berubah.

Seperti Admin ni tidak pun di libatkan secara langsung bagi menjaga politik BN di negeri ini. Wal hal kalau dikira....... adeh ;-)

Tidak mungkin kawasan luar bandar kekal sebagai desa buat selamanya, tidak bertukar kepada Urban. Paling lambat pemikiran masyarakat desa akan menjalani proses evolusi seperti mana pemikiran orang bandar/Urban.

Jangan lari dari terkena sinaran Cahaya Matahari, kalian tidak akan mampu berbuat demikian. Hadapi dan tukar sinaran berkenaan kepada bahan yang berfaedah.


Posted via Blogaway Jals

No comments: