Kita percaya semua masyarakat yang berpolitik di negara ini, mempunyai anutan agama mereka masing-masing yang mereka percayai dan mereka tahu lagi sedar agama mereka ada menyarankan nilai nilai murni untuk diamalkan pada masa yang sama menegah penganutnya melakukan kejahatan.
Nampak dan semestinya di dalam agama pun, ada peraturan yang perlu di patuhi agar penghuni alam ini senantiasa berada di dalam keadaan yang harmoni, saling hormat menghormati, itulah yang dipanggil toleransi.
Tapi itupun ada lagi masyarakat atau individu yang tidak mematuhi peraturan yang disarankan oleh agama mereka. Sebab itulah ada berlakunya banyak kes kes jenayah yang akhirnya mengganggu keharmonian masyarakat secara keseluruhannya. Ini jelas
Tapi patutkah perbuatan jahat berkenaan dibiarkan tanpa ada usaha selain peraturan agama yang telah dilanggar tadi.? Sudah tentu tidak, jadi siapa yang patut bertanggungjawab dalam hal ini.?
Nah tidak lain tidak bukan, itu pemerintah negara. Pemerintah lah yang bertanggungjawab sekaligus berusaha mencari jalan penyelesaiannya, maka lahirlah tatasusila yang dipanggil rukun negara untuk dihormati oleh setiap penduduk di dalam negara.
Di dalam rukun negara pula ada disebut beberapa rukun di antaranya keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang yang perlu dihormati Dan akta hasutan adalah sebahagian dari perlembagaan yang perlu dihormati tadi. (Sama ada dihormati atau tidak ia terpulang pada diri individu itu sendiri)
Bererti tidak ada sebab kenapa akta hasutan perlu dihapuskan kalau memang ia dicipta untuk kebaikan masyarakat secara keseluruhannya. Yang hormat hormatlah begitu juga sebaliknya tapi kenalah berhadapan dengan tindakan undang-undang pula.
Kesimpulannya, akta hasutan tidak boleh dihapuskan hanya kerana desakan oleh mereka yang tidak menghormati perlembagaan. Titik
Posted via Blogaway Jals
No comments:
Post a Comment