Jadi benarlah sangkaan diri, faktor yang menyebabkan Anwar Ibrahim tidak dibenarkan memasuki negara Jepun ialah kerana moralnya.
Mengikut kenyataan media, faktor Anwar Ibrahim tidak dibenarkan memasuki negara Jepun ialah kerana Undang-Undang negara itu yang termaktub di para 5, kerajaan Jepun boleh menghalang mana mana individu yang pernah di penjara lebih dari setahun dari memasuki negara berkenaan, selain tempoh masa yang perlu selari dengan tujuan berada di negara Jepun.
Ialah mana mungkin boleh masuk penjara kalau tidak melakukan kesalahan. Tapi itu pun kerajaan Jepun mesti juga merujuk pada keintegritian satu satu Mahkamah yang telah menghukum pesalah sepertinya Anwar yang dikenali si antaro dunia.
Halangan kerajaan Jepun terhadap individu yang bernama Anwar Ibrahim, adalah isyarat khas lagi jelas yang ditujukan kepada penyokong penyokongnya, yang ada di Malaysia bahwa kelayakan Anwar sebagai seorang pemimpin wajar di persoal semula. Apa lagi negara yang mempersoal kepimpinan Anwar, sehebat negara Jepun yang terkenal dengan disiplin pemimpin dan masyarakatnya. Bayangkan hanya kerana pemimpin mereka tidak berjaya melakukan tanggungjawabnya dengan baik, boleh saja dia membunuh diri atau paling tidak melepaskan jawatannya.
Saya berpendapat, isu moral yang ada pada pemimpin sepopular Anwar Ibrahim, sebenarnya mampu mempengaruhi individu untuk mengikuti jejaknya. Maka sebab itulah dia di halang dari memasuki Jepun. Seperti mana yang pernah berlaku kepada Diego Maradona , dia juga di halang dari memasuki negara Jepun kerana terlibat dengan penagihan dadah.
Moral politik yang ingin saya khabarkan di sini ialah, kelayakan Anwar untuk di angkat sebagai seorang pemimpin. Secara logiknya, kerajaan sehebat Jepun menafikan kepimpinan Anwar, jadi bagaimana dengan anda yang menjadi penyokong politik PKR? Apa anda lebih berintegriti dari pemimpin pemimpin negara Jepun? Harus kok kalian berkira kira semula, jangan letakkan akal kalian di belakang mendahului persepsi semata.
Pun begitu, kedengarannya ada pula di kalangan pemimpin pemimpin PKR yang menunjuk rasa, sebab tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan Jepun yang pada pendapat mereka ada komplot dengan Kerajaan Malaysia untuk mengenakan Anwar. Wah punyalah hebat itu negara Jepun ada hati pula mahu mengenakan pemimpin pemimpin yang datang dari negara yang pernah mereka jajah. Maksud saya, adalah tidak logik sesangat, kalau tindakan sehebat kerajaan Jepun dianggap manipulasi politik untuk menjatuhkan kepimpinan PKR, siapa juga PKR pada politik Jepun sedang Malaysia ini di perintah oleh BN. Adakah begitu mudah mereka mengikut kata pemimpin dari luar hanya untuk konon menjatuhkan politik PKR. Alahai
No comments:
Post a Comment