Apa yang diperkatakan oleh Mufti Negeri Perak pasal perhimpunan haram turun baru baru ini adalah kena pada tempatnya. Beliau berpendapat kalau darah mereka yang hadir di perhimpunan haram TURUN adalah halal. Memandangkan perhimpunan itu mampu menimbulkan huru hara yang akan menggugat ketenteraman awam. Bayangkan kalau saja perhimpunan itu hari mencetuskan pergaduhan hingga melibatkan nyawa apa ia tidak boleh dinilai kalau darah mereka sebagai halal untuk di tangkap. Melainkan kalau perlembagaan di negara ini tidak menyediakan apa apa saluran untuk rakyat mengajukan persoalan mereka seperti mana negara negara sepertinya China dan sewaktu dengan yang bersifat autokrasi.
Tidak usah berpolemik dengan saranan mufti yang jelas benarnya tu. Cuba kamu orang lihat ke belakang semula, bagaimana dengan istilah kafir yang dulu hangat dimainkan oleh politik PAS, apa ia tidak teruk, Kafir pada waktu boleh saja membawa haram pada ramai penyokong UMNO. Jadi apa dia punya salah. Bukankah ia menghalalkan darah penyokong UMNO?
Ingin dibawa keluar untuk dibincangkan hingga keluar negara? Nah pasti saja para agamawan akan menilainya sebagai bersetuju atas apa diperkatakan oleh mufti Perak diatas. Lihat saja negara negara di timur tengah, negara hancur kerana perhimpunan haram yang di dalangi oleh organisasi jahat yang ada di belakang mereka.
Apa kamu orang ingin melihat negara ini seperti mana Mesir dan sewaktu dengannya?. Sebenarnya kalau memang pentadbiran negara ini mengamalkan kezaliman pasti kesemua rakyat ini akan bangkit untuk memberotank tapi kenapa hanya mereka dikalangan penyokong PR yang tergila gila, apa ini tidal jelas kalau perhimpunan itu sebenarnya bermotifkan politik semata-mata.
Jangan sesekali terpengaruh dengan dodoian PR kalau konon mereka memperjuangkan nasib masyarakat. Mempermainkan adalah, lihat saja siapa yang mendapat untung sekarang ini. Itu peniaga yang mengambil kesempatan dengan sesuka hati menaikkan harga barang sebab pada mereka keputusan jahat mereka itu telah mendapat pembelaan dari politik PR. Jadinya kita tidak menolak kalau perhimpunan haram turun yang lepas sebenanrya di dalangi oleh si monopoli demi keuntungan di masa depan dan yang mengakibatkan negara berada dalam situasi ekonomi yang tidak stabil, oleh itu mudah di tumbangkan dengan kebangkitan rakyat yang tidak tahu apa apa. Ingat ekonomi adalah alat yang paling ampuh dalam merosakkan mana mana negara.
Dan sekarang kita tidak pasti siapa sebenarnya yang menyumbang kepada kenaikan harga selepas ini.
No comments:
Post a Comment