Sunday, January 19, 2014

Bidasan Perihal Kenyataan Yang Menyentuh Penggunaan Kalimah Allah

Sering ramai yang mengguna pakai kenyataan seorang penceramah  bebas Ustaz Robby Tandang pasal penggunaan kitab Bible versi Malaysia. Penceramah merujuk pada cetakan kitab Bible berkenaan yang di cetak pada tahun 1974, sedangkan KDN beroperasi pada tahun 1968. Lalu beliau merasionalkan kalau yang harus dipersalahkan dalam hal ini ialah pemerintah yakni KDN. Atau saja beliau memaksa kalau KDN telah meluluskan penggunaan kitab Bible berkenaan, sebab katanya untuk mencetak kitab Bible ia memerlukan proses yang rumit dan mengambil masa yang agak lama.

Persoalan saya ialah kenapa pula menuding pada KDN bulat bulat seolah olah KDN ada meluluskannya, apa dia punya bukti kalau KDN ada memberikan kelulusan maka itu Kementerian ini wajar dipersalahkan? Boleh saja KDN tidak tahu pasal percetakan kitab Bible versi Malaysia yang dicetak pada tahun 1974.

Persoalan kedua, ialah di mana kitab Bible versi Malaysia itu di cetak di  Semenanjung atau Sarawak/Sabah? Kalau di Sabah atau Sarawak, maka ia tidak boleh di jadikan modal untuk merasionalkan penggunaan kalimah Allah di Malaysia yang di dakwa pernah di luluskan tapi ditarik balik. Sebab Sabah dan Sarawak telah lama menggunakan kitab Bible versi Malaysia sejak sebelum pembentukan Malaysia 1963. Apa lagi dalam perjanjian 20 perkara ada disebut di para 1 agama. Bahawa masyarakat Sabah bebas dalam mengamalkan agama yang mereka percayai. Dan kebebasan itu tetap relevan walaupun Malaysia telah mengangkat Islam sebagai agama rasmi Malaysia, sebabnya penggunaan kalimah Allah/kitab Bible versi Malaysia telah lama digunakan sebelum pembentukan Malaysia.

Tinggal lagi penggunaannya, perlu di kawal hanya di bolehkan pada kelompok mereka.

No comments: