Sejak isu murid sekolah yang di beri makan rumput oleh guru kelasnya tersiar di ruang maya, saya sudah mengikutnya. Bikin malu sebenarnya, ada dua hal yang boleh di polemikkan di situ. Satu, sikap guru berkenaan yang seolahnya tidak bertamadun. Kedua, bagaimana kalau kes ini di lakukan oleh guru sekolah yang berstatus Melayu/Bumiputera terhadap Melayu atau saja Cina, sejauh mana keprihatinan masyarakat terhadap kes tersebut?
Kita mahu kejadian seperti ini mampu menyedarkan ramai golongan pendidik, bahawa hukuman yang dibuat sesuka hati adalah salah. Walaupun kita sedar lagi tahu, bahwa ada banyak lagi penderaan yang berlaku, tinggal lagi ia berlaku terhadap keluarga yang tidak mahu kecoh yang mungkin akan menyusahkan mereka, sedang mencari sesuap nasi pun agak susah. Apa lagi bersusah susah untuk membawanya ke tengah.
Jangan hanya melihat kes murid berkenaan dari skop politik semata-mata tapi lihatlah dari pandang sisi yang luas. Seperti kesannya keatas profesian pendidikan dan jenis modal insan yang bakal terlahir ekoran kebobrokan seperti mana isu di atas.
#jalinanpolitik
No comments:
Post a Comment