Showing posts with label MCA. Show all posts
Showing posts with label MCA. Show all posts

Sunday, March 22, 2015

MCA Gesa Balik DAP Berhimpun Di Hadapan UMNO



Untuk apa DAP menggesa agar MCA turut serta berdemonstrasi di hadapan bangunan UMNO. Selepas MCA berbuat demikian di hadapan ibu pejabat DAP.?

Gesaan dibuat oleh Ahli DAP Parlimen Segambut Lim Lip Eng

Selain tujuan yang jelas, untuk menilai sama ada MCA berani atau tidak. Sekaligus supaya MCA lebih terpalit.

Pemuda MCA harus tampil dengan kenyataan yang lebih berani.

Katakan yang sepatutnya layak berbuat demikian hanyalah DAP jangan libatkan MCA. Hambarnya sambutan kaum Cina terhadap MCA adalah kerana propaganda DAP yang kononnya mampu memenuhi kehendak kaum Cina walaupun bercanggah dengan perlembagaan. Seperti contoh perlembagaan 153, kontrak sosial.

Jadi pergilah DAP berdemonstrasi. Himmm

Harus juga DAP sedar diri, kemenangan DAP pada PRU yang lepas adalah hasil sokongan penyokong PAS melalui tiket PR begitu juga sebaliknya ertinya kekuatan PAS hasil daripada sokongan DAP, hingga PAS membelakangkan kaum Cina di dalam melaksanakan hudud.

Ini DAP tidak pandai berpolitik kalau tidak menyusahkan orang lain.


Wednesday, March 18, 2015

Gesa DAP, MCA, Gerakan dan PKR Buat Memorandum Menolak Hudud

Gerakan memfailkan saman terhadap PAS Kelantan

Hari ini yang nampak hero menghalang perlaksanaan hudud ialah Gerakan dan MCA.

Parti Gerakan melalui jentera pusat, memfailkan kes keatas kerajaan negeri di Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Kelantan, agar PAS sebagai pentadbir menarik balik atau jangan laksanakan hudud di negeri berkenaan.

Oleh itulah pada jentera UMNO buat satu gesaan agar semuanya rugi hasil dari polemik hudud. Gesa agar DAP, MCA, Gerakan dan PKR membuat kenyataan berupa memorandum rasmi yang mereka menolak perlaksanaan hudud di negeri Kelantan. Dengan demikian masyarakat akan jelas bukan hanya kompenan BN yang menafikan tapi juga mereka DAP dan PKR.

DAP dan PKR menolak sekeras kerasnya perlaksanaan hudud, walaupun sebelum ini mereka mendapat undi dari penyokong PAS.

PAS ni kan hanya tahu mencetuskan kontroversi tapi yang mengutip keuntungan ialah DAP. Gerakan dan MCA macam hero tapi manjang jadi ekor, rugi pula tu. Himmm

Masyarakat yang beragama Islam tidak mengira idealogi politik, harus jelas akan pergolakan ini.


Tuesday, February 3, 2015

Maksud Sebenar Ismail Sabri Tapi Diperlekeh Oleh MCA

Ini yang dimaksudkan oleh Datuk Ismail Sabri. Ditujukan khas pada peniaga yang majoritinya kaum Cina, pokoknya kaum Cina. Sebab dari mana pun datangnya peniaga Melayu, pasti saja bekalan yang dia dapat datang dari peniaga kaum Cina.

Ertinya mana mana parti politik harus bersetuju dengan pendapat Datuk Ismail, sebab kesannya akan melibatkan semua kaum. Termasuklah MCA dan DAP.

Cuba tanya balik pada diri, untuk apa kalian berpolitik, bukan kah untuk mensejahterakan rakyat, lalu kenapa bila ada usul yang diutarakan melibatkan kepentingan masyarakat, ada pula pihak yang menentang.?

Sebelum ini kan, Ketua Pemuda MCA berang dengan kenyataan Datuk Ismail Sabri, katanya apa yang diperkatakan oleh Datuk berkenaan adalah perkauman. Agak melucukan. Adeh