Gerakan memfailkan saman terhadap PAS Kelantan
Hari ini yang nampak hero menghalang perlaksanaan hudud ialah Gerakan dan MCA.
Parti Gerakan melalui jentera pusat, memfailkan kes keatas kerajaan negeri di Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Kelantan, agar PAS sebagai pentadbir menarik balik atau jangan laksanakan hudud di negeri berkenaan.
Oleh itulah pada jentera UMNO buat satu gesaan agar semuanya rugi hasil dari polemik hudud. Gesa agar DAP, MCA, Gerakan dan PKR membuat kenyataan berupa memorandum rasmi yang mereka menolak perlaksanaan hudud di negeri Kelantan. Dengan demikian masyarakat akan jelas bukan hanya kompenan BN yang menafikan tapi juga mereka DAP dan PKR.
DAP dan PKR menolak sekeras kerasnya perlaksanaan hudud, walaupun sebelum ini mereka mendapat undi dari penyokong PAS.
PAS ni kan hanya tahu mencetuskan kontroversi tapi yang mengutip keuntungan ialah DAP. Gerakan dan MCA macam hero tapi manjang jadi ekor, rugi pula tu. Himmm
Masyarakat yang beragama Islam tidak mengira idealogi politik, harus jelas akan pergolakan ini.
Wednesday, March 18, 2015
Gesa DAP, MCA, Gerakan dan PKR Buat Memorandum Menolak Hudud
Thursday, February 5, 2015
Polemik Menurunkan Harga Barang, Sampai Ketahap Membunuh.

Cerita pasal Datuk Ismail Sabri belum lagi reda. Ada banyak polemik yang timbul. Sampai ke tahap membunuh. Ini berdasarkan kenyataan atau komen sekumpulan "peniaga" yang tidak berpuashati, di ruang maya Facebook, perihal kenyataan Menteri berkenaan, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.
Laporan dan perjumpaan sebagai ukuran sokongan. Terbaru yang kita dengar bekas pejuang politik MCA, Gerakan dan DAP akan tampil sebagai tanda sokongan terhadap Datuk Ismail Sabri. Oleh itu akan diadakan satu majlis perjumpaan yang bertempat di negeri Selangor, pada tarikh dan masa, Jumaat, jam 11am.
Sebelum ketetapan diatas, telah berlaku sebelum ini perhimpunan sederhana yang melibatkan 92 orang individu tertentu, sebagai tanda sokongan terhadap Ismail Sabri.
Sampai ada yang berpendapat, perhimpunan berkenaan bertujuan untuk mendesak PM Najib Razak agar meletakkan jawatan. Hehe
Dalam pada itu segelintir penyokong muda MCA, Gerakan dan sudah tentu DAP masih dengan kesengalan mereka bahwa kenyataan Datuk Ismail Sabri adalah berniat perkauman.
Walaupun telah dijelaskan kepada umum oleh PM Najib Razak, bahawa kenyataan berkenaan ditujukan hanya untuk golongan peniaga yang tidak bertanggungjawab tanpa mengira jenis bangsa. Tinggal lagi majoriti peniaga berjaya di negara ini terdiri dari kaum Cina. Jadi mohon jangan terasa. Jangan lagi panjang panjangkan.
Nah kalau sudah bicara PM di ketepikan, sistem apa lagi yang boleh diterapkan. Jadi fikir fikir dan renungkanlah. Semua ini untuk kesejahteraan masyarakat secara keseluruhannya, bukannya untuk golongan tertentu. Apa lagi yang sebenarnya yang menentukan kemenangan parti yang bertanding bukannya ahli parti tapi masyarakat biasa yang tidak menjadi ahli parti. Faham mungkin kan.?
Sebelum ini Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, membuat gesaan agar masyarakat umum memboikot peniaga Cina yang enggan menurunkan harga barang. Walaupun harga Petrol telah diturunkan sebanyak dua kali dengan murahnya.
Persoalannya kan, katakanlah kempen menurunkan harga barang tidak berjaya atas alasan tertentu selain harga bahan bakar. Adakah selepas harga bahan bakar dinaikkan berdasarkan harga pasaran dunia, maka harga barang tidak lagi dinaikkan.? Ini yang peniaga perlu fikirkan. Jangan saja asyik mengaut keuntungan walaupun pemerintah/masyarakat sudah bising.