Tuesday, July 7, 2015

Pergeseran PM Dan WSJ Harus Ada Kata Putusnya.

Pergeseran antara PM Najib Razak vs WSJ, mesti ada kata putusnya. Harus ada yang rebah tersungkur. Barulah masyarakat faham siapa sebenarnya yang memfitnah atau difitnah dengan itu sokongan akan bertambah. Sebaliknya portal WSJ akan dipandang sinis oleh masyarakat dunia umumnya, khasnya Malaysia sampai bila pun.

Oleh itulah tidak boleh bergantung harap pada kenyataan Menteri yang tidak pun berkaitan, dengan harapan tuduhan terkini yang dilemparkan akan dianggap fitnah dari musuh seteru BN. Kata portal WSJ ada dana yang dimasukkan ke akaun peribadi Perdana Menteri sebanyak USD700 juta. Tapi dinafikan oleh Menteri yang tidak berkenaan. Hello bukan begitu cara bagi mengekalkan kuasa politik BN. Himmm


Tidak mudah masyarakat ini terkeliru atau terpengaruh. Apa lagi kalau Menteri berkenaan sedia dipandang sinis oleh masyarakat. Rentetan sikap berdiam atau membela mereka terhadap isu 1MDB khasnya. Tidak jelas tapi buat buat jelas, akhirnya pendapat mereka macam orang kebanyakan.

Itulah akibatnya kalau terlalu membodek, akal yang ada tidak diguna dengan sebaiknya. Menteri itu ingat, kerja Menteri ni hanyalah menyokong membabi buta walaupun akhirnya akan merosakkaq profesion mereka itu sendiri.

Menteri berkenaan juga lupa bahawa masyarakat Malaysia sudah terlalu matang untuk dikelirukan. Masyarakat era ini suka pada keberanian, kebenaran dan yang paling penting pemimpin yang meletakkan hak pada tempatnya. Bukannya kaki bodek, apa lagi kalau hasilnya nanti hanya menguntungkan dirinya.

Suka saya ingatkan ekoran beberapa skandal yang melanda negara, kekuatan BN tidak lagi terletak di atas tiket BN seperti mana dulu tunggul pun yang diletakkan sebagai calon tetap dia mendapat kemenangan. Sekarang tidak lagi lebih kepada kredibiliti calon. Apa mereka boleh diharap atau apa dia, ini yang menjadi perkiraan masyarakat.

Era ini terlalu sukar untuk mengalihkan perhatian masyarakat dari isu yang melanda. Apa lagi kalau isu itu datang dari pembangkang lalu serba sikit ada kebenarannya. (di dalam politik ada serangan yang nampak dari lawan tapi sebenarnya kawan untuk mengurangkan beban ini pun kalau tidak bijaksana dalam menanganinya akan bertukar kepada senjata makan tuan)

Jangan pernah lupa, sejarah yang tercatat semasa PRU13 yang lepas. Tidak ada skandal besar yang melanda tapi kemenangan demokrasi alah Amerika, milik pembangkang yakni undi popular.

Jadinya tolong fikir fikirkan. Apa yang didakwa oleh portal WSJ adalah atas inisiatif mereka, supaya terkenal. Dengan itu tidak timbul sama ada ia ada melibatkan pemimpin tempatan atau apa dia.

Jangan pula dengan ini, kami dianggap musuh seteru. Kalau iya, bodohlah anda. Politik Malaysia sudah lebih dari masak tapi pula masih ada Pak Menterinya yang mentah tidak boleh diguna.

Malah sepatutnya harus mereka yang tampil mempersoal dianggap ikhlas dalam menyelamatkan BN bukan sebaliknya.

Maksud saya kalau tuduhan yang dilemparkan oleh pihak tertentu termasuklah Wall Street Journal (WSJ) dianggap fitnah merapu tidak berasas. Maka sebagai pihak yang difitnah harus pula mengambil kesempatan menunjukkan ketegasan. Tampil dengan penuh keberanian berserta bukti yang kukuh . Jangan dua kali lima, macam mereka yang "memfitnah".



No comments: