Thursday, July 9, 2015

Dari Konteks 1MDB Dan Masyarakat Sabah.

Skandal 1MDB hanya memberikan kesan langsung pada masyarakat di Semenanjung berbanding masyarakat Sabah.

Yang sikit memalitkan dari konteks 1MDB dan masyarakat Sabah ialah kenyataan pemimpin pemimpin tempatan Sabah mengenai 1MDB itu sendiri.

Tidak jelas tapi kenyataan mereka semacam mereka itulah CEO 1MDB. Poyoh. Seperti contoh mempersalahkan Dr M secara total. Melihat penuh transaksi 1MDB yang dipanggil Feedsheet dan lain lain. Walhal hakikatnya apa yang mereka kata tidak terbukti benar malah di persoal oleh jentera pro 1MDB. Nampak.?

Kurang itu ada pula dikalangan pemimpin pemimpin tempatan Sabah yang menyarankan agar Datuk Seri Shafie Apdal di pecat hanya kerana bersikap benar. Himmm, langsung tidak masuk akal. Kaki bodek.

Kalau pun tidak berani bersikap tegas, sebaiknya mengambil pendekatan berdiam. Memandangkan Sabah adalah simpanan tetap BN, baru nampak cool walaupun masyarakat Sabah tetap dengan kemiskinan mereka. Himmm

Akhirnya 1MDB di pandang sinis oleh masyarakat Sabah.

Tapi tidak mengapa, kredibiliti Datuk Seri Shafie Apdal masih utuh pada pandangan masyarakat Sabah secara keseluruhannya. Ertinya juga kelangsungan BN di negeri Sabah serba banyak ada di tangan beliau.

Maka itu dipersilakan atau membantu didalam menjaga kedudukan Datuk Seri Shafie Apdal di dalam organisasi UMNO atau jangan malah beliau dianggap musuh. In Shaa Allah


No comments: