Shamsul Iskandar telah berterus terang kalau Anwar Ibrahim akan menjadi Menteri Besar Selangor yang baru. Itu bermakna penyokong politik PR yang sering merujuk kemakmuran pentadbiran negeri Selangor sebagai ok hasil kebijaksanaan Khalid adalah dusta semata-mata. Sebab kalau memang berkualiti sudah tentu pasti Khalid tidak ditendang keluar. :-) Betul tidak ?
Itulah akibatnya, kalau menyokong tanpa ada asas tujuan yang jelas. Kurang dari itu, selepas penyokong PR ini mengagungkan kepimpinan Khalid mereka pula memperlekeh pihak lawan sebagai dunguk yang tidak tahu apa apa, sebab itulah kata mereka masyarakat ini tetap konon berada di takuk kemiskinan.
Mungkin benar dengan apa yang mereka katakan pasal kemiskinan tapi ia di sebabkan oleh segelintir pra pemimpin BN bebal yang ada di paras pertengahan dan bawahan. Nah, bagaimana pula dengan mereka, mengangkat kebaikan sedang individu yang mereka angkat jelas tidak layak pada pendapat ramai pemimpin PKR ? Oh rupanya selama ini mereka hanya melontarkan komen yang sengaja di manipulation oleh para bloggers pro PR. Betul tidak ? Lucu yang bangat :)
Psst, jangan terlalu menuding pada penyokong PR yang telah di propagandakan tapi tudinglah sesuka hati kalian pada kepimpinan PAS dinegeri Selangor, sudahlah mereka menjadi Pak Angguk sebab melantik pemimpin PKR menjadi Menteri Besar malah juga bertanggungjawab keatas kemenangan calon PKR di PRU DUN Kajang yang lepas. Nah sekarang, mereka pula yang di kerah untuk memenangkan calon PKR di DUN yang sama, hanya untuk kepentingan politik PKR. Tidak ada kerja lain, asyik asyik jadi penyokong :)
Tapi tidak mengapa, yang lepas biarlah berlalu, apa yang penting ialah ruang dan peluang terhadap calon BN di DUN Kajang. Kemenangan calon BN di DUN Kajang amat penting agar kekuatan PR di negeri Selangor boleh di imbangi seperti mana perlunya parti pembangkang dalam satu negara. Betul tidak ?
No comments:
Post a Comment