Kamu orang jangan pula merasa cemburu pasal tertangkapnya seorang individu yang menghina agama hindu dengan hanya membuat 178 laporan polis. Berbanding dengan laporan polis yang dibuat ke atas Teresa Kok yang sudah mencecah ratus, tapi masih belum ada tangkapan yang dibuat walaupun perbuatan Teresa Kok itu lebih banyak memberikan kesan negatif yang mendalam terhadap masyarakat. Kamu orang tahu, kenapa begitu?
Nah sebabnya ialah kita Melayu terutamanya yang ada di Semenanjung umumnya dan khasnya di Selangor sudah berpecah yang membawa kepada kelemahan politik. Jadinya kalau hanya suara yang kedengarannya lantang tapi bilangannya sedikit, itu sebenarnya tidak menggerunkan pihak lawan yakni DAP. Malah ia hanya akan menguntungkan mereka, sebab nanti kerajaan akan di lihat sebagai tidak adil, tidak adil sebab secara logiknya Teresa Kok belum dihukum sebagai bersalah mengikut proses Undang-Undang, tapi tangkapan telah dibuat. Nah itulah antara bahananya kalau sudah tidak bersatu padu, cuba kalau semua Melayu bersatu di bawah satu payung parti politik, pasti saja Teresa Kok sudah lama dalam tahanan, malah tidak mungkin mereka berani membuat video sedemikian rupa.
Secara logiknya, kalau saja ada pertandingan yang mengukur kekuatan fizikal pasti yang sedikit itu yang akan kalah walaupun yang sedikit itu kedengarannya lantang.
Yang ingin saya isukan di sini ialah kenapa politik UMNO masih belum mendapat sokongan penuh dari kaum Melayu yang ada di negeri Selangor walaupun ada banyak isu yang sepatutnya telah membawa kepada perpaduan di kalangan Melayu, apa lagi kerja kebajikan telah di tabur dengan begitu banyak oleh UMNO berbanding PKR, habuk pun tidak ada?
Kebobrokan ini harus dilihat sebagai virus yang mampu merebak hingga akhirnya akan merosakkan UMNO secara keseluruhannya. Maka itu, cuba konok, apa sebenarnya yang berlaku terhadap UMNO di negeri Selangor?
No comments:
Post a Comment