Membaca satu artikel perpecahan Melayu, penulis berpendapat Melayu berpecah kerana ada orang politik sanggup menggunakan institusi raja demi mempertahankan kuasa, dan saya tidak melihat itu sebagai sebab kepada berlakunya perpecahan.
Tidak ada sebab nyata yang boleh diturunkan di sini selain menurut hawa nafsu yang tidak berpenghuni. Hawa nafsunya yang jahat menyusup masuk melalui politik. Tidak ada istilah bangsa Melayu dalam politik di Malaysia ini seperti mana bangsa Arab di Timur Tengah, mereka berpecah kerana nafsu politik yang menyusup masuk adalah agama. Semuanya kerana memenuhi nafsu politik semata-mata.
Saya katakan demikian sebab negara ini di perintah oleh organisasi Melayu yang kukuh dan hanya sedikit mendatangkan masalah pada kaum Melayu tapi tetap juga di tentang oleh politikus lawan Melayu yang memperjuangkan entah apa selain nafsu dunia semata-mata. Ada berapa bilion hasil bumi Sabah dan Sarawak yang diagihkan kepada kaum Melayu dengan mengwujudkan kemudahan frasarana tapi tetap juga ada di kalangan Melayu yang menafikan politik Melayu yang menjaga kebajikan mereka dengan bersungguh. Lihat saja kemenangan BN pada PRU13 yang lepas sanggup dipersoal walaupun dengan cara yang agak jelek oleh Melayu itu sendiri, malah ada di kalangan mereka/Melayu yang sanggup masuk penjara hanya kerana ingin menidakkan keputusan yang ditentukan oleh majoriti Melayu. Semua itu salah siapa, salah kerajaankah, salah Sultankah? Salah siap?
No comments:
Post a Comment