Friday, August 9, 2013

Khutbah Jumaat Di Raya Kedua

Apa kesimpulan khutbah di tempat anda? Bila anak kampung yang Agamawan lagi sedikit zuhud balik kampung lalu ia berkhutbah maka sudah semestinya isi khutbahnya akan mendalam yang menyentuh kemaslahatan masyarakat atau komuniti itu sendiri. Seperti tadi, ia menyentuh penyakit hati, hati yang tidak mempedulikan jelek buruk perbuatan dalam mencari kelebihan duniawi lalu ia berjaya maka semestinya ia akan menjadi ikutan pada ramai orang yang akhirnya akan merosakkan masyarakat itu sendiri. Kesimpulannya jasad yang mati tidak boleh diubati sedang hati yang mati boleh diubati. Khutbah Jumaat era ini perlu menyentuh cerita hati dan mati. https://www.facebook.com/jalin.luin/posts/10201204643912106

No comments: