Monday, April 15, 2013

PAS Tersasar Dari Perjuangan Asalnya

ALOR SETAR 15 April - PAS yang dilihat semakin tersasar dalam perjuangan asal perti dalam memperjuangkan Islam dan negara berasaskan Islam menyebabkan ramai ulama PAS meninggalkan parti tersebut.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad berkata, kesalahan PAS yang utama adalah kerjasama dalam Pakatan Rakyat (PR) antara Parti Keadilan Rakyat dan DAP yang secara terang menolak Islam. "Nasib orang Melayu menjadi lebih malang apabila PAS bekerjasama dengan DAP yang jelas menolak Islam dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) melalui pakatan pembangkang," katanya di Pusat Gerakan Barisan Nasional (BN) Parlimen Pokok Sena di Hutan Kampung di sini, malam tadi. Mahathir menyampaikan ucapannya dihadapan kira-kira 10 000 hadirin. Tambah beliau, tujuan utama Mursyidul Am PAS Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat berkerjasama dengan DAP adalah untuk menawan Putrajaya. Kata Mahathir, DAP akan terus dengan agendanya mendominasi pemerintahan negara berbanding dengan MCA dan MIC yang berkerjasama dengan UMNO sebagai parti komponen Barisan Nasional (BN) berkongsi kuasa dalam menubuhkan kerajaan.

http://klpos.com/politik/52932-tun-mahathir-perjuangan-pas-makin-tersasar-punca-ulama-tinggalkan-parti

No comments: