Wednesday, April 24, 2013

Mantan Naib Presiden UMNO Terpaksa Masuk PAS Kerana Hartanah ?

EJEN Kemasukan Mat Taib dalam Pakatan adalah antara usaha Anwar Ibrahim menjelang PRU13 selepas kegagalan Anwar membawa masuk individu seiras wajahnya dari Siam.

Satu kumpulan di Seremban mengaku dibiayai pihak tertentu antaranya menyebut nama Mat Taib untuk menjatuhkan imej DS Najib menjelang 5 Mei 2013. Walaupun kerja jahat mereka ini sudah diusahakan berbulan-bulan lamanya, namun kumpulan tersebut gagal. Allah SWT memelihara DS Najib.

Anwar dijangka akan memaksa Mat Taib supaya memburukkan DS Najib dalam ceramah-ceramah beliau.

Kemasukan Mat Taib ke dalam kem Pakatan bukanlah kerana menantunya di dalam UMNO tidak dicalonkan. Kemasukan Mat Taib sama kes dengan kemasukan TS Kadir , yakni mereka terikat dengan bisnes Hartanah bernilai billion Ringgit dengan kerajaan negeri Selangor.

Mereka tiada pilihan melainkan terpaksa membontoti Anwar (Penasehat Ekonomi Khalid Selangor) jika tidak mahu Projek Hartanah dan bandar baru mereka dengan kerajaan negeri Selanhor dibatalkan. Inilah cara-cara Anwar menjatuhkan anda sejak dulu lagi.

Perbezaannya hanya satu, Mat Taib akan dipergunakan oleh Anwar untuk mereka cerita fitnah ke atas DS Najib. Manakala TS Kadir terikat oleh bisnnes Hartanah mereka.

Kami terpaksa dedahkan perkara ini seawalnya, untuk mengingatkan Mat Taib bahawa kami mengetahui peranan anda di Seremban tempoh hari!

Jika Mat Taib dan TS Kadir kembali ke pangkuan UMNO menjelang 5 Mei, ianya tidak menghairankan.

Bersambung...

http://mymassa.blogspot.com/2013/04/anwar-paksa-mat-taib-fitnah-ds-najib.html



No comments: