ZULKIFLI BIN NOORDIN April 4, 2013
ALHAMDULILLAH!
Zulkifli Noordin
Parti itu hanyalah wadah, Islam itu aqidah! Islam itu bukan parti, dan parti itu bukan agama! Jangan kerana taksub kepada wadah, sehingga kita menggadaikan aqidah!
Bila wadah bercanggah dengan aqidah; wajib kita menolak wadah & pertahankan aqidah!
Salam 2 all.
Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah!
Tepat jam 11.30 pagi Rabu 03.04.2013 bersamaan 22 Jamadil Awal 1434, maka tamatlah tempoh Parlimen ke 12 setelah pengumuman rasmi dibuat oleh YAB Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak mengenai pembubaran Parlimen yang sudah diperkenan oleh Tuanku YDP Agong pada sebelah pagi.
Tepat dengan pengumuman itu, maka tempoh teman sebagai Ahli Parlimen P-018 Kulim Bandar Baharu juga turut berakhir dengan rasminya. Mulai hari ini, teman adalah rakyat biasa yang akan menjalani kehidupan biasa insyallah.
Ada juga yang bertanya apa yang teman nak buat selepas ini?
Agaknya dema lupa teman seorang Peguambela & Peguamcara, Mahkamah Tinggi Malaya. Teman juga adalah seorang Peguam Syari'e. Dan teman adalah seorang peguam kanan yang telah menjalankan amalan guaman selama lebih daripada 20 tahun. Kalau ikut Perlembagaan Persekutuan, teman dah layak jadi Hakim Mahkamah Tinggi yop!
Oleh itu, teman bercadang untuk kembali menjalankan amalan guaman sebagaimana dahulu. Mungkin teman akan aktifkan semula firma guaman teman, atau menubuhkan perkongsian. Apa pun, sebagai peguam insyallah teman mempunyai beberapa pilihan dan alternatif meneruskan karier guaman.
Teman juga bercadang untuk aktif semula dalam NGO sebagaimana dahulu, terutama NGO yang terlibat dalam hal-hal misi kemanusiaan dan juga yang khusus berkaitan dengan menjaga hal ehwal dan kepentingan Melayu-Islam insyallah.
Teman juga bercadang kembali menjalankan misi dakwah yang tergendala buat sementara. Dengan masa yang ada, insyallah teman akan mengatur semula program misi dakwah yang merupakan aktiviti teman sebelum menjadi wakil rakyat.
Apa pun, teman mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakyat Parlimen Kulim Bandar Baharu khasnya dan rakyat Malaysia amnya yang telah memberi kepercayaan kepada teman sejak 08.03.2008 sehingga hari ini untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang wakil rakyat.
Teman menyusun sepuluh jari memohon kemaafan andai kata berlaku kesilapan dan kesalahan, apatah lagi kelemahan selama teman menjadi wakil rakyat. Al maklumklah, sebagai Ahli Parlimen yang baru buat pertama kalinya, banyak kelemahan dan kesilapan yang sudah pasti teman lakukan.
Apatah lagi kesilapan teman bersama dengan pembangkang yang hanya mengamalkan "Politik NATO - No Action Talk Only".
Teman berharap rakyat tidak mengulangi kesilapan mengundi pembangkang DAP-PKR-PAS dalam PRU-13 akan datang. Rakyat boleh menilai sendiri bagaimana undi yang diberikan disia-siakan dengan "Politiking 24 Jam" pembangkang DAP-PKR-PAS, langsung tidak ada apa-apa perancangan untuk pembangunan dan kebajikan rakyat dan negara.
Yang ada hanya politik adu domba, fitnah-memfitnah, pembohongan, putar belit, tuding jari mencari kesalahan orang lain - tapi mereka sendiri tidak ada apa pun yang bermenafaat untuk rakyat dan negara yang dilakukan. Malah dok bergaduh sama sendiri berebut jawatan, kedudukan dan habuan!
Kepada mereka yang terpilih menjadi calon dalam PRU-13 tidak lama lagi, teman ucapkan selamat dan semoga berjaya.
Kepada rakyat Malaysia, gunakanlah hak mengundi itu dengan sebaik-baiknya. Janganlah mengundi kerana emosi, atau sentimen sempit dan jumud. Janganlah ulangi kesilapan PRU-12 dengan memberi undi kepada pembangkang DAP-PKR-PAS!
Berikanlah kepada pembangkang DAP-PKR-PAS isyarat yang jelas; rakyat Malaysia tidak redha,tidak setuju dan menolak sepenuhnya politik cauvinis, ekstremis, perkauman, anti-agama, pelampau dan jumud yang mereka amalkan! Tolak mereka, jangan beri satu undi pun kepada calon DAP-PKR-PAS!
Ingatlah, parti itu hanyalah wadah, Islam itu aqidah! Islam itu bukan parti, dan parti itu bukan agama! Jangan kerana taksub kepada wadah, sehingga kita menggadaikan aqidah!
Apabila wadah bercanggah dengan aqidah, adalah wajib bagi kita menolak wadah dan mempertahankan aqidah!
Kalau kalimah ALLAH pun mereka boleh gadai, kalau kalimah ALLAH pun mereka boleh politikkan; cuba bayang apa yang mereka mampu buat!
Apa yang pasti, teman akan mengundi calon Barisan Nasional dalam PRU-13 ini nanti insyallah!
Yang baik datang daripada ALLAH, yang tidak adalah kelemahan teman sendiri; tapi yang burok semuanya daripada pembangkang DAP-PKR-PAS!
Wallahua'lam dan wassalam.
Adios amigos, grasias senor.
Zulkifli Bin Noordin
Khamis
23 Jamadil Awal 1434
04 April 2013
http://zul4kulim.blogspot.com/2013/04/alhamdulillah.html
No comments:
Post a Comment