Saturday, April 13, 2013

BN Sedia Tentang Wakil Lawan

KUALA LUMPUR 13 April - Pencalonan wakil kuat pembangkang di kerusi 'panas' pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) 5 Mei ini sedia ditentang oleh Barisan Nasional (BN) bagi memastikan kemenangan kekal kepada BN.

Menurut Setiausaha Agung BN Datuk Seri Adnan Tengku Mansor, tindakan pembangkang itu sedikit pun tidak mendatangkan gentar kepada BN dan BN akan memastikan kerusi Parlimen serta Dewan Undangan Negeri (DUN) dipertahankan. “BN telah bersedia walaupun dicabar oleh pemimpin tertinggi pembangkang,” katanya kepada pemberita baru-baru ini. Kawasan panas yang dikenalpasti mendapat perhatian besar termasuk di Parlimen Gelang Patah apabila Penasihat DAP Lim Kit Siang mengumumkan untuk bertanding dikerusi tersebut selain di Permatang Pauh dimana Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim akan cuba untuk mempertahankan kerusi tersebut selepas memenanginya ketika Pilihan Raya Kecil pada 26 Ogogs 2008. Dalam pada itu di Putrajaya juga dianggap sebagai kawasan panas apabila PAS menetapkan Naib Presidennya Datuk Husam Musa sebagai calon untuk merampas kawasan tersebut manakala di Parlimen Segamat, PKR meletakkan Datuk Chua Jui Meng selepas Pang Hok Liong dari DAP kalah kepada Datuk S Subramaniam pada 2008. Jelas Tengku Adnan, kesemua calon kuat pembangkang akan ditentang ekoran BN akan meletakkan calon di semua DUN dan Parlimen pada PRU13 ini. “Kita akan mempertahankan dan rampas kerusi-kerusi tersebut,” katanya. Pada PRU12 BN memenangi 140 kerusi Parlimen dan 307 kerusi DUN manakala PR mendapat 82 kerusi parlimen dan 196 kerusi DUN. Dua lagi kerusi DUN dimenangi Bebas.

http://klpos.com/pru13/52572-bn-sedia-tentang-wakil-kuat-pembangkang


No comments: