Monday, April 1, 2013

Anak Muda Minta Di Manja Manja Dengan Pendidikan Percuma, Alahai.

Mudahnya organisasi politik berpolitik di bumi Malaysia ni. Hanya perlu membuat manifesto percuma. Maklum anak muda di abad ini terutamanya anak muda sengal yang memihak PKR, mereka hanya tampak muda lagi gagah tapi macam budak budak hingusan minta di manja manja dengan pendidikan percuma, alahai.

Di Kampung saya ni, ibunya hanya menjual sayur di tepi jalan tapi berjaya juga menghantar anaknya hingga ke Menara Gading. Tidakpun dia kisah soal pendidikan percuma ni malah dia semakin setia pada pemerintah. Dia sedar lagi tahu, kenapa pula dia perlu kisah dengan semua itu sedang dia membesarkan anak anaknya dengan tidak meminta bantuan dari pemerintah, dan kenapa pula anaknya tidak mampu membayar kos pendidikannya kalau esok esok dia sudah berkerjaya, sedang kalau difikirkan dia/ibunya itu yang lebih bersusah payah.

Bukan macam separuh orang tu dari mendidik hingga menghantar anak ke Menara Gading semuanya meminta bantuan dari pemimpin/pemerintah tapi bila sudah berjaya pandai pula dia berlagak konon itu semua atas usaha mereka lalu menyalahkan pemerintah, itu ini tidak betul maka itu perlu di tukar. Tidak mengenang budi langsung.

Rupanya berlagak bijak jak bha orang orang PR/PKR ni, macam saja mereka yang pandai membaca sekaligus konon tahu isu isu semasa. Semakin hilang hormat saya pada puak puak sengal ni dan semakin menebal rasa hormat saya pada komuniti marhaen yang selalu merendah diri, susah senang tanggung sendiri.

Bermaksud manifesto pendidikan percuma itu adalah gula gula politik. Apa pada hemat kalian kalaulah manifesto pendidikan percuma ini bakal mendatangkan kemenangan pada pemerintah di PRU sekaligus tidak merugikan negara, kenapa pemerintah tidak saja menggunakan sebagai manifesto di PRU mendatang ? Ada banyak kira kira yang perlu diambil kira dalam hal ini, bukan gula gula politik.

Fikir elok elok jangan mudah diperbodoh oleh kelompok memperbodoh......

No comments: