Kadang kadang malas saya menjawab komen yang pada pendapat saya, individu itu tidak mengikuti perkembangan politik semasa. Macam isu Hudud ni, jelas DAP kata langkah dulu mayatnya kalau PAS ingin melaksanakan hudud. Malah dalam persepakatan PR sendiri, hudud tidak termasuk dalam agenda mereka.
Dan DAP sudah pun membuktikannya dengan menyangkal perkara yang menyentuh perlaksanaan hukum Islam di negeri Kelantan. Hinggakan negeri Kelantan itu digelar sebagai negeri yang tidak bertamadun oleh DAP/Karpal.
Jadi harapan apa lagi yang diharap dari kerjasama tersebut, dalam melaksanakan hudud ?
Dalaman politik PAS sendiri, pemimpin tertinggi mereka berpendapat hudud belum boleh dilaksanakan selagi kemiskinan dan pengangguran belum selesai. Jadi apa lagi yang diharap pada politik PAS dari konteks hudud dan PAS di PRU13 nanti, untuk memberikan kekuatan politik pada DAP ? Agar bayangan hudud tidak lagi kelihatan langsung ?
No comments:
Post a Comment