Wednesday, April 17, 2013

Calon N.50 Lahad Datu, Mohd Yusof Apdal

Kenapa bha, calon baharu UMNO/BN yakni Mohd Yusof Apdal konon tidak tidak mendapat sokongan dari segelintir masyarakat Lahad Datu tu.

Apa yang di persoalkan tu, sebab konon dia bukan orang Lahad Datu kah, jadi calon lain yang bukan orang Melayu yang bertanding atas tiket UMNO tu apa cerita, kenapa UMNO boleh menerimanya atau ada persoalan lain ?

Inilah masalahnya kita Sabahan ni, sesama Sabahan pun mahu menunjuk hebat sedang kita ini tidak akan kemana tanpa adanya perpaduan. Jadinya begini, kalian yang berbangsa Bajau Suluk perlu dengan hukum yang wajib mendokong kepimpinan Dato Sri Shafie Apdal yakni Mohd Yusof Apdal, jangan berganjak hanya kerana faktor hingusan yang sudah tidak relevan di abad ini.

Begini bha, Arwah Mohd Dara, yang juga atuk/keluarga kepada Dato Sri Shafie Apdal adalah tokoh USNO/BERJAYA yang banyak berjasa kepada ramai suku bangsa di Lahad Datu, tokoh ini lah yang bertanggujawab dalam memberikan kebajikan kepada ramai Kaum Dusun, Orang Sungai, Kukus dll hinggakan ada yang diberikan beberap lot tanah untuk diusahakan hinggalah sekarang ini. Itu sejarah budiman yang tidak boleh dinafikan oleh sesiapa pun.


Undilah calon DUN N.50 Mohd Yusof Apdal yang bertanding atas tiket BN di Lahad Datu.

No comments: