Monday, January 7, 2013

Majlis Pemimpin Bersama Rakyat Di Kampung Kabimbangan, Semporna.

SEMPORNA : Ahli Parlimen Semporna, Dato Sri Shafie Apdal menyarankan agar masyarakat Malaysia umumnya dan khasnya masyarakat Semporna agar bersatu padu. Tidak mengira apa jenis bangsa samaada Melayu, Cina, India, Kadazan atau Iban serta suku etnik yang pelbagai yang ada di Negara ini.


Menurut Ketua UMNO Bahagian Semporna, semua pihak harus mengambil tanggungjawab ini sebab kita hidup dibawah satu bumbung sedang kita berlain agama dan bangsa. Lihat saja pergolakan yang berlaku di negara negara Arab, mereka terdiri dari satu bangsa dan satu agama tapi ia tetap bergolak dan pergolakan ini tidak langsung mendatangkan kebaikan pada negara dan masyarakat itu sendiri.


“Maka itu saya faham lagi sedar bahawa kebudayaan bangsa ini (Bajau) perlu disemerakkan sebab itu saya sanggup berbelanja hingga berjuta ringgit dengan menganjurkan pesta Regata Lepa Lepa pada setiap tahun agar perpaduan ini tetap terjamin dan budaya bangsa bajau yang senonim dengan laut juga kekal terjamin sekaligus dikenali oleh semua bangsa, memandangkan banga Bajau juga adalah sukukaum yang kedua terbesar di Sabah selepas kaum Kadazan Dusun, walaupun sumbangan dana dari kerajaan negeri untuk pesta ini sangatlah sedikit" katanya ketika berucap di Majlis Pemimpin bersama rakyat di Kampung Kabimbangan, Semporna.


Shafie, berkata bangsa bajau ini masih dalam perjuangan maka itu perlu tetap berkerjasama agar Pembangunan ini tetap boleh dilangsungkan. Pembangkang hanya tahu berpolemik dengan keadaan konon daerah ini belum membangun walhal segala kelengkapn telah pun disediakan meliputi bekalan letrik, air serta jalan raya juga pembinaan rumah PPRT serta pemberian Enjin Sangkut dan lain lain. Pemerintah juga ada membekalkan alat untuk menghasilkan tenaga solar di keseluruhan pulau pulau yang ada di sekitar daerah Semporna jadi tidak timbul tuduhan yang dilontarkan oleh pihak pembangkang yang konon daerah ini tidak berubah dari konteks prasarana.


Menyentuh mengenai perpaduan, beliau berpesan agar masyarakat ini tetap bersatu padu, kerna perpaduan adalah tunjang kepada kemajuan. Jangan mudah tergugat oleh agenda polemik pihak pembangkang. Pilihan Raya Umum semakin hampir dan pasti akan tiba, oleh itu masyarakat Semporna harus celik dalam memilih parti, yakni parti mana yang membela nasib mereka.


“Kita sedang berusaha untuk mengwujudkan Jambatan ke Pulau Bum Bum dan memang pun bajet untuk perlaksanaan projek ini sudah pun ada, malah proses perundingan untuk melaksanakanya sedang pun berjalan. Percayalah Jambatan Pulau Bum Bum ini akan tetap terlaksana selagi Barisan Nasional masih memerintah” katanya lagi.


Sementara itu, beliau menjelaskan bahawa Jambatam Kampung Balimbang yang menjadi pengkalan ke Pulau Bum Bum akan ditukar kepada Jambatan konkrit memandangkan jambatan kayu yang ada sekarang sering mengalami kerosakan. Selain jambatan konkrit ini akan lebih tahan lama ia juga akan mendatangkan keselesaan pada masyarakat Semporna umumnya dan khasnya masyarakat Pulau Bum Bum.


Dalam program tersebut juga, masyarakat kampung Kabimbangam akan di sediakan frasarana perniagaan terutamanya pada belia belia kampung agar belia belia ini mempunyai sumber pendapatan yang tetap dan perlaksanaannya akan di uruskan oleh pihak MARA.


Hadir sama pada majlis itu, Ketua Wanita Umno Semporna, Puan Manis Mukah. Ketua Pemuda Umno Semporna, Mdaziz Jamman. Ahli Jawatan Kuasa Bahagian Semporna, serta Pengurus Besar KEJORA, Azizan bin Md. Rais.


Dalam pada itu, Dato Sri Shafie mengarahkan pada Pegawai Pegawai Kerjanya yang ada di Semporna, agar menyediakan jadual lawatan beliau ke Kampung Kampung sekitar, diatur dengan kadar segera bagi membolehkan beliau bertemu dengan masyarakat setempat sekaligus melihat keperluan mereka dari semasa kesemasa.





No comments: