Tuesday, January 8, 2013

Citarasa Malaysia

Saya masih ingat apabila saya berpeluang menikmati sarapan pagi di Village Park, Damansara Utama. Saya telah banyak kali mendengar tentang nasi lemak di situ yang sangat terkenal dengan kelazatannya. Selepas menikmatinya sendiri, kelazatannya terbukti tidak mengecewakan!

Kita sangat bertuah kerana negara mempunyai masyarakat pelbagai kaum yang hidup aman dan damai dalam semangat 1Malaysia. Antara kelebihannya adalah apabila kita dapat menikmati beberapa makanan paling lazat di dunia yang terdapat di negara kita. Sudah pasti semua kenal dengan kelazatan kuay teow goreng Penang dan Laksa Johor. Setiap bangsa di negara kita mempunyai makanan istimewa tersendiri yang menepati citarasa kita semua. Saya masih ingat, semasa di United Kingdom satu ketika dulu, ada kalanya saya merindui makanan tempatan yang tidak mungkin boleh kita dapati di mana-mana negara di dunia ini.

Kelazatan makanan tempatan cukup dikenali di seluruh dunia. Kepelbagaiannya cukup unik malah ia sering kali diceritakan di platform antarabangsa termasuk CNN. Masyarakat seluruh dunia seringkali memuji makanan kita setiap kali mereka melawat negara ini dengan menggunakan pengaruh media sosial. Ini sekali gus memberi impak yang baik kepada industri pelancongan negara.

Anda boleh baca seterusnya di blog saya bertajuk 'Citrasa Malaysia' di sini

Untuk mengikuti segala pekembangan terkini mengenai isu semasa negara, ikuti saya di Facebook dan Twitter serta lawati laman web saya, 1Malaysia.com.my. Kongsikan maklumat ini kepada ahli keluarga serta sahabat handai anda dan ajak mereka untuk melanggan maklumat terkini menerusi laman web saya. Diharapkan anda semua dapat meneruskan sokongan kepada saya sebagai Perdana Menteri agar kita dapat bersama-sama membawa negara ini ke peringkat yang lebih tinggi.


Najib Razak

No comments: