Monday, January 7, 2013

Kampung Lahat Lahat, Semporna. Pemimpin Bersama Rakyat

SEMPORNA : Rakyat di Daerah ini harus bersatu padu dibawah panji Barisan Nasional

Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Dato Sri Shafie Apdal berkata rakyat daerah ini harus bersatu dan berdiri tegas di bawah panji Barisan Nasional/BN. Tanpa perpaduan yang padu maka daerah ini tidak akan mampu dibangunkan. Negara ini punya kemampuan dari segi kewangan, Tahun lepas saja negara ini telah berjaya mendapatkan keuntungan sekitar 120 bilion.

Katanya, pihak lawan hanya mampu membuat cerita kosong yang sebenarnya tiada apa apa lihat saja negeri Kelantan tetap bermasalah dengan airnya.

" Kampung Lahat Lahat ini sejak dari dulu tetap tegar menyokong parti pemerintah, sejak kampung ini berada di persempadan zon mengundi Silam ia tetap menyokong parti Barisan Nasional, maka itu wajar dikekalkan ," katanya ketika berucap di majlis pemimpin bersama penduduk kampung Lahat Lahat, Semporna.

Turut hadir YB DUN Bugaya Dato Ramli Marhaban, Ketua Pemuda UMNO Semporna MdAziz Jamman dan Ketua Wanita UMNO Semporna Manis Mukah serta Ketua Puteri UMNO Semporna Zakiah Haji Kalipunya

Menurut Dato Shafie yang juga Ketua Bahagian Semporna, Pembangunan yang di kecapi oleh Semporna umunya khasnya Kampung Lahat Lahat ini adalah hasil pemerintahan BN yang sentiasa menjaga kebajikan masyarakatnya.

Sehubungan dengan itu beliau mahu masyarakat ini jangan mendengar dakyah pembangkang yang kononnya andai mereka yang memerintah maka Semporna ini akan berubah rupa dalam semua aspek. Sebab semua itu hanyalah polemik mereka, pembangkang tiada kemampuan untuk melaksananyaa.

''Kamu penduduk kampung Lahat Lahat juga harus bersabar dalam menunggu Pembangunan, sebab percayalah kerajaan tidak akan berdiam dalam hal hal kebajikan" katanya. Shafie juga turut mengingatkan rakyat khususnya di kampung tersebut agar tidak mudah terpadaya dengan pelbagai propaganda parti pembangkang yang ingin mencari pengaruh bagi meraih sokongan dari rakyat.

Tambah beliau adalah lebih baik mempertahankan pemerintah yang sedia daripada menukar pemerinta sedang kemampuna mereka, rakyat belum dapat memastikannya. Perbandingan yang dibuat pihak pembangkang dengan membandingkan Daerah Semporna ini dengan kemajuan yang ada di Kuala Lumpur adalah perkara yang tidak masuk akal. Kuala Lumpur itu Ibu Negara sedang Semporna ini hanyalah sebuah daerah yang terpencil.

Dalam pada itu Shafie juga mengumumkan satu Dewan Serbaguna akan di sediakan di Kampung Lahat Lahat serta 70 unit rumah akan dipasangkan Meter Letrik, pemasangan meter letrik itu akan dilaksanakan pada bulan ini. Sedang tender pembinaan Dewan tersebut akan di buat secepat mungkin.

Katanya, manfaat Pembangunan frasarana yang telah di sediakan, agar generasi generasi ini tetap mampu bersaing di peringkat luar.








No comments: