Wednesday, January 9, 2013

Bukan Salah KKLW Atau FELCRA

SAMPAI BILA 'PELESIT' BODEK IBLIS'? http://sabahkinimirror.blogspot.com/2013/01/sampai-bila-pelesit-bodek-iblis.html

Merujuk pada satu artikel (seperti link diatas) yang menyentuh kebolehmampua FELCRA dalam melaksanakan konon kerja kerja kejuruteraan. Ini ekoran ada rumah PPRT yang dibina di Sandakan telah roboh menyembah laut.

Suka saya nyatakan disini bahawa FELCRA bukannya badan yang dilantik untuk melaksanakan projek projek yang ada di KKLW terutamanya projek pembinaan rumah PPRT. FELCRA adalah syarikat GLC yang dipertanggungjawabkan oleh KKLW alsebab FELCRA mempunyai sumber kewangan yang mampu membayar projek yang dilaksanakan dibawah program KKLW.

Ini bermakna, kontraktor yang dilantik untuk melaksnanan projek PPRT bukannya anak syarikat kepada FELCRA. Tapi Kontraktor dilantik melalui proses tender yang dibuat secara terbuka seperti mana projek yang lain.

Yang menjadi soal dalam hal ini ialah, kontraktor pelaksana bukannya Menteri KKLW atau FELCRA itu sendiri....... Adeh


Nanti ada dikalangan pembaca yang mempersoal kenapa projek itu dibayar kalau speknya tidak memenuhi syarat ?. Yang sebenarnya semua projek yang siap akan melalui proses pemeriksaan yang teliti dari pegawai yang dipertanggungjawabkan sebelum pembayaran dibuat. Dalam konteks rumah PPRT yang dipersoal diatas, rumah PPRT itu tumbang/roboh kerana dasar laut tempat tiangnya terpacak agak jerus yang menyebabkan tiang rumah mudah menusuk ke dalam, itu yang menyebabkan rumah tersebut menyembah laut, bukan soal rumah PPRT itu tidak melalui tapisan pemeriksaan seperti yang diwar warkan atau ada unsur penyelewengan seperti yang disangka oleh penulis.

No comments: