Tuesday, January 8, 2013

DAP Buat Buat Bodoh Tapi Janganlah Pula Melayu Mudah Sangat Di perbodoh


GEORGETOWN, 5 Jan - Pengerusi DAP Pusat Karpal Singh, menyifatkan kesilapan pengiraan undi CEC adalah sejarah paling memalukan bagi parti.

Beliau berkata kesilapan dalam keputusan pemilihan itu tidak sepatutnya berlaku, namun menerimanya sebagai sesuatu yang tidak disengajakan oleh pengarah pemilihan CEC, Pooi Weng Keong.

Dalam satu sidang akhbar, Karpal memberitahu Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP memutuskan untuk mendedah dan membetulkan kesilapan itu kerana mahu bersikap telus.

"Kami sudah jangka akan menerima kritikan dan dibidas oleh pelbagai pihak namun keputusan untuk mendedahkan kesilapan itu menunjukkan kami telus.

"Ini kesilapan pertama dalam sejarah DAP dan ia tidak boleh dielakkan tapi boleh diperjelaskan.

"Saya menafikan bahawa ini cara untuk memasukkan ahli Melayu dalam DAP tetapi apa yang terjadi dan kenyataannya, Zairil Khir Johari yang mendapat 803 undian melayakkan dia berada dalam kelompok 20 undian tertinggi," katanya.

Pengerusi DAP Pusat itu turut menggesa Pooi agar menarik balik peletakkan jawatan dan menyifatkan kesalahan pengiraan undi sebagai suatu yang tidak disengajakan.

"Ingin saya tegaskan kesalahan yang berlaku dalam pengiraan adalah tidak disengajakan jadi tidak ada sebab yang mencukupi untuk dia mengambil tindakan berkenaan (meletakkan jawatan).

"Saya merayu kepadanya untuk menarik perletakan jawatannya itu," katanya.

Tiga minggu selepas pemilihan parti, DAP kelmarin mengumumkan kesilapan dalam pengiraan undi yang menurut parti itu, menyebabkan Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng, Zairil Khir Johari, tewas dalam pemilihan tertinggi jawatankuasa eksekutif pusat (CEC).

Pembetulan itu dicurigai oleh pelbagai pihak kerana dibuat hanya setelah DAP dikritik hebat mengenai prinsip ketelusan yang tidak boleh diperjelaskan, berikutan kekalahan semua calon Melayu yang bertanding dalam pemilihan itu, termasuk tokoh-tokoh veteran DAP dan dikalangan ajli politik.

Sebelum itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, berkata pindaan keputusan berikutan kesilapan itu yang sekali gus mengembalikan wakil Melayu dalam CEC, juga menunjukkan DAP tertekan dalam usaha membuktikan ia sebuah parti pelbagai kaum.

"Memang mereka mengakui kesilapan, manusia tidak lari dari membuat silap, tetapi yang sedihnya apabila berlaku kesilapan pada pihak BN riuh sekampung dijajanya, bukan sehari tetapi berhari-hari.

"Mereka tidak tahu kira walaupun tidak sampai 2,000, budak darjah empat pun tahu kira. Ini Tuhan nak tunjuk," katanya.



http://www.klpos.com/politik/34821-kesilapan-kiraan-undi-cec-amat-memalukan-dap-karpal


No comments: