Sunday, December 9, 2012

Sokongan Anak Muda

Review. Kumpulan pro-establishment, Aspirasi Mahasiswa mencatatkan kemenangan besar dalam pilihan raya kampus di 17 daripada 20 buah universiti awam apabila memenangi 543 kerusi daripada 620 kerusi yang dipertandingkan. Pro-Aspirasi menumpaskan lawan tradisi mereka Pro-Mahasiswa (Pro-M) yang dilihat sebagai pro pembangkang.

Yang ingin saya sampaikan ialah, kalau memang mereka anak muda sudah tahu menilai idealogi politik mana yang baik untuk masa depan negara ini juga untuk diri mereka kenapa anda (penyokong bawahan PR) cuba menidakkannya ? Sedang pada hakikatnya anak muda itu yang bakal mewarisinya. Memang benar konsep demokrasi adalah hak anda, tapi juga jangan dilupa, demokrasi ini jugalah yang menentukan masa depan mereka, yang mana anak muda itu pasti mungkin ahli keluarga anda.

Jangan umpamakan masa depan mereka sebagai bahan ujikaji anda, sebab sepenggal polisi pemerintah tidak terlaksana ia akan mampu mencatatkan kelangsungannya.

No comments: