Thursday, December 27, 2012

Pegawai PAS Tidak Boleh Bezakan Sokongan Dan Kelulusan

NIK AZIZ TERSALAH AMBIL PEGAWAI

Nampaknya Nik Aziz kali ni tersalah pilih setiausaha akhbar kepada beliau selaku Menteri Besar Kelantan, ini kerana Setiusaha Beliau sendiri tidak dapat memebezakan sokongan serta kelulusan. Sangkakala kata macam ni sebab Sangkakala terbaca dalam portal harakah yang mana beliau Ustaz Fadli Shaari (gambar) selaku setiausaha akhbar kepada Mneteri Besar meminta supaya beberapa badan bukan kerajaan serta UMNO bertanya kepada Datuk Dr Awang Adek bin Hussin berkaitan pembangunan tanah di Gua Musang. Beliau hanya merujuk kepada surat sokongan daripada Datuk Awang Adek yang menyokong pemberian tanah kepada Yayasan Islam Kelantan atau YIK.

Untuk pengetahuan Ustaz, datuk Awang Adek hanya memberi sokongan tetapi yang meluluskan pemberian tanah tersebut kedapa syarikat Upayapadu ialah kerajaan negeri. Selaku Timbalan Menteri pada ketika itu, sudah tentu beliau menyokong permohonan yang dilihat dapat membangunkan kawasan Gua Musang, tetapi perlu diingat bahawa beliau tidak memberikan kelulusan atau menyokong kerajaan negeri memberikan tanah tersebut kepada Ngeh koo Ham. Takkan itu pun Ustaz Fadli tak dapat nak bezakan? Nampak sangat Ustaz seorang yang tiada pengetahuan dan ini yang menjadi kebanggaan hingga diangkat sebagai pagawai kepada Menteri Besar? Fikir fikir la kalau nak keluarkan kenyataan tu Ustaz, kan ke dah makan diri tu?



Sumber

No comments: