Wednesday, December 26, 2012

LDP (UMNO) Vs DPJ (PR) Dari Konteks Politik Jepun

Pada tahun 2009 Parti Demokratik Jepun (DPJ) menang besar di PRU negara itu dengan mengalahkan parti pemerintah, Parti Liberal Demokratik (LDP). DPJ berjanji akan melaksanakan pelbagai bentuk perubahan. Kebajikan masyarakat akan diberikan tumpuan yang total biar konon masyarakat Nipon akan hidup dengan lebih selesa tidak lupa soal birokrasi yang turut diberikan tumpukan kelak oleh DPJ.

Janji manis kerajaan DPJ pada 2009 hanyalah retorik semata mata. Selama tempoh 3 tahun mereka memerintah Jepun , keadaan masyarakatnya tetap begitu rupa, kebajikan yang dijanji tidak terlaksana, birokrasi semakin teruk. Ini dibuktikan bila berlakunya bencana alam pada Mac tahun lalu yang merosakkan Loji Tenaga Nuklear. Kerajaan DPJ dikritik hebat oleh masyarakat Jepun serta masyarakat antarabangsa kerana lambat bertindabalas.

Maka sebab itu pada tahun 2012, parti LDP telah berjaya mengambil balik pemerintah Jepun dari DPJ dengan kemenangan yang besar. LDP memenang hampir 330 (+30 kerusi dari sekutunya) kerusi dari 480 kerusi yang dipertandingkan dan DPJ hanya memenangi 65 kerusi (bakinya dapat kepada lain lain parti)

Moralnya disini adalah, tidak mudah menadbir satu satu negara. Persoalan dangkal yang dicanang PR hanyalah retorik semata mata, mereka cuba mengaburi mata masyarakat agar mereka di beri percayakan untuk menadbir negara ini. Dangkal pemerintah yang mereka cuba war warkan, sebenarnya adalah sebahagian dari kekurangan mana mana pemerintahan yang wujud di dunia ini.

No comments: