Monday, December 24, 2012

Menukar Panggilan Laut China Selatan

Baru-baru ini, beberapa media Filipina menyiarkan rencana yang menyoal dan mengkritik tindakan kerajaannya yang menamakan semula Laut China Selatan. Tindakan ini dianggap akan memburukkan lagi hubungan dengan China yang sudah cukup tegang sekarang ini, sekali gus menyebabkan Filipina menanggung akibat yang tidak diingini.

Akhbar Philippines Daily Tribune dalam rencana pengarangnya menyatakan bahawa tindakan menamakan semula Laut China Selatan yang diluluskan oleh Presiden, Benigno Aqiuno III akan menjadikan pertikaian antara Filipina dengan China lebih meruncing lagi. Nampaknya pemimpin Filipina itu berazam untuk terus berkonfrontasi dengan China.

Rencana pengarang itu menyatakan bahawa pemimpin Filipina mungkin menganggap, A.S. akan menawarkan perlindungan dan bantuan kepada Filipina dalam melaksanakan strategi "Kembali Semula ke Asia". Ini akan menyebabkan China mempertimbangkan dahulu risiko berkonflik dengan A.S. ketika mengambil tindakan terhadap Filipina. Walau bagaimanapun, keputusan kerajaan Filipina untuk terus bertentangan dengan China tentu akan membawa kerugian yang besar.

Menurut rencana pengarang itu, Filipina semakin dipulaukan di rantau Asia Tenggara. Atas sokongan A.S., pemimpin Filipina memutuskan bertindak sepihak akan mengakibatkan Filipina semakin dipulaukan oleh negara-negara jirannya. Tindakan ini akan membuat Filipina berkembang mengikuti jalan yang mengasingkan diri dengan negara-negara serantau dan hanya bergantung kepada A.S..

Baru-baru ini, akhbar Philstar menyiarkan ulasan kolumnis Carmen Pedrosa yang menyatakan bahawa tindakan Benigno Aquino III tersebut bukan sahaja tidak dapat memperhehat tuntutan Filipina terhadap pulau-pulau terlibat di Laut China Selatan, sebaliknya akan menyebabkan situasi Laut China Selatan menjadi lebih meruncing.

Seorang lagi kolumnis akhbar itu, Alex Magno dalam rencana yang disiarkan semalam menyatakan bahawa sebutan "Laut Filipina Barat" dianggap tidak masuk akal. Kalau menurut cara pemikiran ini, Kesatuan Afrika mungkin akan menamakan semula kawasan perairan di sekitarnya sebagai "Laut Afrika", Iran boleh menamakan semula Laut Arab sebagai "Laut Persia". Lagi pula, sama ada Palau akan menamakan semula Parit Filipina sebagai "Kepulauan Palau"?

Presiden Filipina, Benigno Aqiuno III pada 12 September lalu mengumumkan keputusan untuk menamakan semula Laut China Selatan sebagai "Laut Filipina Barat". Jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei menyatakan tindakan Filipina itu melanggar peraturan standard nama tempat antarabangsa dan tidak diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa. China telah berulang kali menggesa Filipina menghentikan tindakan yang sengaja mencetuskan pertikaian dan merumitkan lagi situasi di Laut China Selatan.

Sumber

No comments: