Saturday, December 22, 2012

Penawar Kesedihan

Suatu hari Rasulullah (saw) masuk ke dalam masjid, terdapat seorang lelaki Ansar yang dipanggil Abu Umamah r.a duduk di dalam masjid, Nabi (saw) bertanya kepadanya: Wahai Abu Umamah saya tidak pernah melihat engkau duduk di dalam masjid bukan waktu solat?

Jawab Abu Umamah r.a: Keluh-kesah dan hutang menimpaku wahai Rasulullah (saw).

Jawab Nabi (saw) : Mahukah kamu aku ajarkan beberapa kalimat, apabila engkau membacanya, Allah akan menghilangkan keluh-kesah dan melangsaikan hutangmu.?

Beliau menjawab: sudah tentu wahai Rasulullah (saw).

Jawab Baginda (saw) : pada waktu pagi dan petang bacalah: Ya Allah, aku memohon perlindungan denganMu daripada keluh kesah dan kesedihan, rasa lemah dan kemalasan, Aku memohon perlindungan denganMu daripada sifat penakut dan kebakhilan, dan aku mohon perlindungan denganMu dari bebanan hutang dan dikuasai seseorang. (Hadith riwayat Abu Daud)



Orang yang sungguh bahagia ialah mereka yang dijauhkan dari fitnah dan juga orang yang bila terkena ujian dan dugaan, dia bersabar.

Siapa yang tidak berusaha melepas diri dari cinta kepada dunia, maka akan sengsaralah hidupnya, kerana sumber fitnah dan kesalahan adalah ketika seseorang itu begitu cinta kepada dunia.

Orang yang paling jahat daripada penyebar fitnah adalah orang yang suka mendengarkan mereka. Justeru, tidak akan ada penyebar fitnah apabila tidak ada yang mendengarnya.



Rasulullah s.a.w bersabda: Kelak akan menimpa umatku penyakit umat-umatku terdahulu, iaitu penyakit sombong, kufur nikmat, dan lupa diri dalam memperoleh harta dan bermegah-megah dengan harta. Mereka terjurumus dalam jurang kemenangan dunia, saling bermusuhan, saling iri dengki dan dendam sehingga melakukan kezaliman.

(Hadith Riwayat Al-Haakim)

No comments: