Sunday, April 12, 2015

PM Najib Razak Boleh Dikritik Berbanding Ketua Menteri, Musa.?

Ketua Menteri Sabah Tidak Boleh Dikritik
PM Najib Razak Boleh Dikritik

Perdana Menteri Malaysia boleh di kritik berbanding Ketua Menteri Sabah.?

Jelas PM mengambil sikap berlapang dada selepas  tampil di media perdana bagi menjelaskan apa yang dikritik oleh Dr M, tapi tetap menghormati Dr M, jauh sekali melucutkan keahlian  UMNO Dr M.

Ini penyokong politik Musa, nampak sangat bukan orang politik. Apa lagi hal yang dikritik oleh Datuk Jumat hanyalah menyentuh pentadbiran Ketua Menteri, tidak pun menyentuh peribadi atau organisasi BN itu sendiri. Walaubagaimanapun keahliannya sebagai ahli UMNO digantung selama tempoh 6 tahun.

Jangan pula beralasan sebab Dr M seorang negarawan maka itulah dibolehkan bagi mengkritik berbanding Datuk Jumat. Isunya bukan soal darjat, tapi setiap ahli UMNO berhak mengkritik pentadbiran yang salah oleh organisasi UMNO/BN. Ini

Kita jadi keliru, aspek mana yang boleh di kritik hingga politik mampu membawa manfaat kepada pengamalnya. Jangan lupa tidak parti politik mendapat kemenangan tanpa undi dari masyarakat yang kebanyakannya tidak menceburi lapangan kepolitikkan.

Akhirnya, kalau kita perhalusi, seolah olah perjuangan politik Ketua Menteri lebih kepada memperjuangkan keuntungan peribadi semata-mata, tidak mempedulikan kelangsungan BN. Oleh itu boleh kita beranggapan bahawa mereka sebenarnya pengkhianat kepada kelangsungan BN tanpa mereka sedari.?
Macam mana mereka menjadi penyokong politik Musa kita pun tidak tahu. Himmm.

Bikin malu orang Sabah oh. Macam orang yang gila kuasa. Suka juga saya maklumkan saya bukannya jentera politik Datuk Jumat.

Apa yang saya tulis disini hanyalah pendapat peribadi semata-mata sebagai masyarakat yang meminati politik. Itu saja ;-)


No comments: