Monday, November 24, 2014

Penduduk Kampung Tanjung Kapor, Kudat Menunjuk Perasaan.

Kudat 23hb November 2014. Penduduk atau komuniti kampung Tanjung Kapor, Kudat telah turun padang untuk menunjuk perasaan. Ini kerana mereka telah diberikan notis untuk mengosongkan tapak tanah/perkampungan sehingga hujung bulan ini. Kalau tidak, rumah mereka akan dirobohkan secara samborono.

Walhal perkampungan Tanjung Kapor, Kudat wujud sejak lagi era dan cetusan idea Tun Mustapha. Maksudnya perkampungan Tanjung Kapor memang disediakan khas oleh pemerintah pada ketika itu untuk mereka.

Tapi sekarang tapak tanah/ perkampungan berkenaan telah menjadi milik tauke Cina. Sebab itulah notis halau dikeluarkan bagi tujuan pengkomersialan.
Kalau menurut memo pada sepanduk seperti mana gambar, penduduk kampung sanggup berpindah asalkan pula mereka diberikan tapak baru untuk mereka berpindah. Memandangkan mereka juga warganegara Malaysia yang mempunyai hak bersama keatas bumi Sabah. Untuk makluman bilangan penduduk Tanjung Kapor sekitar 3000 orang.

Atas dasar kemanusiaan, kita menggesa agar perkara ini diberikan perhatian yang amat serius. Kesian mereka yang terlibat, sudahlah rumah dirobohkan malah pula tidak ada tapak pindah. Bukan pun mereka menuntut wang ringgit atau rumah sebagai pampasan. Yang hanya dipinta ialah tapak perkampungan untuk mereka berpindah, rumah mereka dirikan sendiri. Tapi kalau pemerintah boleh menyediakan tapak dan rumah sekali lagi lah bagus. Maklum Sabah adalah negeri yang kaya raya.


Posted via Blogaway Jals

No comments: