Saturday, August 30, 2014

Nasarudin Hasan, Nepotisme Anwar Ibrahim.?

Nasrudin Hasan pemimpin PAS yang juga ahli parlimen Temerloh mengkritik pedas Anwar Ibrahim sebab mengamalkan nepotisme terbuka dan keterlaluan.

Dia merujuk pada kejadian yang lepas di negeri Kelantan sekitar tahun 2008 ketika Nik Aziz Nik Mat melantik menantunya Ir Abdul Ariffahmi Ab Rahman sebagai CO PMBK tapi mendapat kritikan dari pelbagai pihak hingga memaksa Nik Aziz pada ketika itu sebagai Menteri Besar  memecat menantunya dari memegang jawatan berkenaan.

Katanya lagi, kalau nepotisme dibenarkan kenapa tidak dilaksanakan pada lima tahun yang lepas, kenapa baru sekarang.?
Persoalan nepotisme yang dicetuskan oleh Anwar telah menimbulkan banyak persoalan terutamanya dari penyokong PAS dan segelintir penyokong PKR. Walaupun sebelum ini PR telah bersepakat akan melantik Menteri Besar Selangor dari kalangan pemimpin pemimpin PKR, tapi tidaklah sampai menimbulkan istilah Nepotisme atau saja oligarki yang extrim, seperti mana sekarang dengan melantik isteri sendiri (Wan Azizah) sebagai Menteri Besar Selangor.

Tidakkah ini bermaksud, Anwar berpolitik hanya untuk kepentingan diri dan keluarganya.? Walaupun  mungkin dia tidak berniat berbuat demikian tapi keputusannya meletakkan isterinya sebagai Menteri Besar Selangor adalah sebenarnya nepotisme yang keterlaluan membelakangkan akal dan prinsip Politik yang bersih, seperti yang di war warkan oleh PR sebelum ini.

Dan pastinya kejadian aneh seperti ini akan menjadi budaya politik di masa masa yang akan datang. Sebab langkah Kajang telah memulakannya.

Bererti kehadiran pembangkang seperti PKR di negara ini, telah mendidik masyarakat untuk berfikiran sempit demi kepentingan diri semata dari semua bidang, ialah kalau pemimpin yang dianggap "adil" telah memulakannya, kenapa mereka tidak.?


Posted via Blogaway Jals

No comments: