Saturday, June 8, 2013

Jangan Cabar Dr M Untuk Hadir Di Blackout 505

Ketua Biro Undang-undang PKR Kedah, Gooi Hsiao Leung. Mencabar Tun M agar hadir di perhimpunan #Blackout505 untuk melihat kaum mana yang ramai di hadir di perhimpunan tersebut. Ekoran konon kenyataan yang dibuat oleh Tun M dalam blognya bahawa kaum Cina mengamalkan politik perkauman.

Kenapa pula kehadiran kaum dijadikan ukuran ketidakpuasan pada SPR. Sejak bila kaum Cina terlibat secara terang dalam politik Malaysia selain memperalatkan kaum Melayu. Jangan kan masyarakat marhaen, pemimpin tertinggi Melayu pun mereka boleh peralatkan.

Perkauman Cina DAP sudah lama berlaku. Tuduhan perkauman terhadap kaum Cina juga dikeluarkan oleh
Bekas Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim bahawa agenda DAP yakni Malaysia Malaysian hanyalah retorik politik, yang hanya menjaga kepentingan kaum mereka dengan memperalatkan bangsa Melayu dan ia terbukti apabila berlakunya tsunami Cina di PRU13 lepas hingga memaksa Melayu PR bermain politik dengan menyalahkan SPR maka sebab itu kehadiran kaum Melayu di perhimpunan #Blackout505 tidak boleh dijadikan ukuran dan jangan cabar Dr M untuk hadir bagi menyaksikannya.

No comments: