Sunday, June 16, 2013

Jangan Berpecah Kerana Pemilihan UMNO

Seperti juga di peringkat daerah khasnya dan umumnya Sabah. Kepimpinan/sumbangan Dato Sri Shafie Apdal tidak lagi boleh dinafikan, sumbangan beliau kepada pembangunan negara amat jelas selain keterlibatan beliau dalam pentadbiran diperingkat pusat sekaligus mewakili negeri Sabah dan Sarawak. Dan dari konteks kepimpinan negara pula, Dato Sri Najib Razak adalah orangnya, kepimpinan beliau berada di tahap yang cemerlang hinggakan kemenangan BN pada PRU13 yang lepas sebahagiannya datang dari kesan kepimpinan beliau. 

Dan amat tidak wajar kalau jawatan mereka dalam organisasi UMNO cuba untuk dinafikan dalam Pemilihan UMNO yang akan datang. Dan sudah semestinya jawatan mereka perlu dipertandingkan tapi biarlah caranya pula bersesuian dengan sistem perlembagaan yang beralaskan demokrasi dan para pengundi pula perlu menilai mereka dari pelbagai sudut demi masa depan negara dan diri mereka itu sendiri. 

Apa yang merisaukan ramai ahli UMNO pada ketika ini adalah perpecahan di kalangan ahli UMNO, tidak kira diperingkat mana. Pergolakan para Blogger pro UMNO yang kelihatannya saling menuding jari akan mampu menyumbang kepada perpecahan UMNO kalau ia tidak dihentikan dengan cepat. Apa lagi kalau pergolakan itu  berkisar soal dana yang disalah guna. 

No comments: