Friday, June 14, 2013

Bangkitlah Dan Betulkanlah BN

Untuk tempoh tiga tahun dan bermula dari sekarang. Seharusnya pihak yang kalah cuba untuk berasimilasi dengan parti yang menang. Rasakan bagaimana BN memerintah selepas pelbagai transformasi yang diperkenalkan. Kritik mana mana Pegawai kerjanya yang tidak bertanggungjawab, kalau perlu laporkan kepada SPRM atau Jabatan Perdana Menteri, barulah matlamat politik itu boleh dicapai sekaligus dirasakan. 

Ini tidak malah risau kalau tidak mendapat projek walaupun diri itu jelas memihak PR sebelum PRU13 yang lepas, lalu dimana pahala/kebaikan yang cuba dicari melalui politik selama ini, atau memang sah berpolitik sengal, dianggapnya lapangan politik itbu sebagai Ladang Kelapa Sawit ? 

Tidak kurang juga mereka yang memihak BN hingga mampu membawa kemenangan kepada parti BN itu sendiri, kritik binalah kedangkalan birokrasi Kerajaan dari pelbagai peringkat yang akan mencatatkan proses transformasi yang cuba diperkenalkan oleh Perdana Menteri, jangan ambil sikap konon setia walaupun diri itu sebenarnya tidak pun terlalu berharga pada organisasi BN, ada tidak ada sama saja atau mungkin saja risau kalau tidak mendapat projek ? Ingat saja begini, tiada kejayaan tanpa usaha yang jelas kecuali menipu :). Jadi untuk apa mengharap kelebihan kalau sumbangan yang diberikan selama ini tidak seberapa ? 

Masyarakat harus bangkit dari berdiam, bantulah organisasi ini dari membetulkan kedangkalan birokrasi yang hampir saja merosakkan BN. Ayoh bantulah BN sekaligus rehatkan lah politik PR buat seketika atau mungkin saja buat selamanya. :). BN itu terbuka demi kebaikan bersama. 

No comments: