Wednesday, June 12, 2013

Idea Pengurusan Baharu

Selagi penyokong PR tidak berurusan dengan orang yang tepat yang ada dalam BN maka selagi itu mereka akan menganggap BN itu tidak betul lagi tidak berintegriti.

Dan organisasi BN pula harus menyediakan modal insan yang berkualiti agar persepsi masyakat lawan tetap tidak menjadi persepsi buruk hingga tiba PRU14. Jangan saja asyik membetulkan modal insan yang sedia rosak selepas itu mencipta pula moto baharu.

Modal Insan yang saya maksudkan disini adalah mereka yang berada ditingkat pertengahan organisasi politik dan mereka yang berada di Jabatan Jabatan kerajaan.

Selain dari penyelesaian diatas sistem diperingkat jabatan kerajaan juga harus berubah kepada yang lebih menyakinkan. Wujudkan dwi moniter dihadapan Pegawai yang bertugas agar pelanggan/masyarakat dapat memastikan sendiri sejauh mana sudah urusan mereka berada.

Sebelum itu arahkan seorang kakitangan untuk meminta no telefon pelanggan/masyarakat. Selesai sahaja pelanggan/masyarakat berurusan hantar satu sms/masej pada mereka, tanya, sejauh mana kepuasan mereka berurusan, dan apa masalahnya, jika ada. Pastikan respon sms/masej pelanggan itu diterima terus oleh pihak Jabatan Perdana Menteri untuk diselesaikan.

No comments: