Dan amat tidak wajar kalau jawatan mereka dalam organisasi UMNO cuba untuk dinafikan dalam Pemilihan UMNO yang akan datang. Dan sudah semestinya jawatan mereka perlu dipertandingkan tapi biarlah caranya pula bersesuian dengan sistem perlembagaan yang beralaskan demokrasi dan para pengundi pula perlu menilai mereka dari pelbagai sudut demi masa depan negara dan diri mereka itu sendiri.
Apa yang merisaukan ramai ahli UMNO pada ketika ini adalah perpecahan di kalangan ahli UMNO, tidak kira diperingkat mana. Pergolakan para Blogger pro UMNO yang kelihatannya saling menuding jari akan mampu menyumbang kepada perpecahan UMNO kalau ia tidak dihentikan dengan cepat. Apa lagi kalau pergolakan itu berkisar soal dana yang disalah guna.
No comments:
Post a Comment