Baru-baru ni kecoh Nurul Izzah buat fitnah kononnya Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar,Dato' Raja Nong Chik telah mengarahkan masjid di Lembah Pantai ditutup? Betul ke? Ni laporan dari akhbar pembangkang, Keadilan Daily.
Keadilan Daily. : Nong Chik arah Masjid Ar-Rahman UM ditutup
KUALA LUMPUR : Selepas berhempas pulas menghentam dan memfitnah Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar dalam isu kebebasan beragama,Umno BN kini pula sanggup menutup rumah Allah demi kejahilan politik mereka. Ia berlaku apabila Masjid Ar-Rahman,Universiti Malaya (UM) diarah tutup dalam minggu ini atas arahan kerajaan Umno BN. Menurut Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Lembah Pantai,Fahmi Fadzil,berdasarkan maklumat yang diterima, penutupan masjid tersebut telah disahkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).
"Pihak Jawi sendiri sudah sahkan penutupan masjid itu dalam masa terdekat dan kami tahu mengenai perkara berkenaan dalam minggu ini juga.Arahan penutupan turut dikeluarkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL),atas arahan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin," katanya ketika dihubungi.
Bagaimanapun hingga ke hari ini,alasan penutupan belum lagi dinyata sehingga menimbulkan keresahan penduduk setempat.
"Pasal apa masjid itu ditutup,kita masih belum tahu. Sama ada masjid ditutup untuk orang awam sahaja ataupun sebaliknya pun kita tidak dapat pastikan lagi," jelas Fahmi.
Ekoran itu,Nurul Izzah selaku Ahli Parlimen Lembah Pantai akan mengadakan sidang media pada 1.30 petang ini di masjid tersebut.Masjid Ar-Rahman terletak di Jalan Pantai Baru, Lembah Pantai dan di sebelah kiri ke pintu masuk utama UM.
Wah!! Dahsyatnya!! Dato' Raja Nong Chik pun dah jadi anti-Islam macam Nurul Izzah ke sampai nak suruh tutup masjid?
Mari kita baca kenyataan dari JAWI,agensi yang bertanggungjawab menguruskan masjid-masjid di Wilayah Persekutuan.
PENUTUPAN SEMENTARA MASJID AR-RAHMAN, JALAN PANTAI BARU
Bahawasanya saya Datuk Che Mat bin Che Ali,Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan merangkap Setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan sentiasa mengambil tanggungjawab untuk menentukan semua masjid dan surau di Wilayah Persekutuan sentiasa berada di dalam keadaan selamat digunakan oleh para jemaah terutama pada solat fardhu lima waktu dan solat Jumaat.Oleh kerana terdapat banyak kerosakan di Masjid Ar-Rahman,Jalan Pantai Baru meliputi kebocoran bumbung, kerosakan pendawaian, kerosakan paip air dan air melimpah ketika hujan lebat,masjid ini telah ditutup sementara.Kerosakan ini mengancam keselamatan jemaah masjid sekiranya lambat dibaiki.
Sehubungan itu,JAWI telah mendapat peruntukan kewangan baru-baru ini untuk membaikpulih masjid pada tahun 2012. Masjid Ar-Rahman akan ditutup sementara mulai 1 Disember 2012 dan notis penutupan sementara telah dikeluarkan pada 20 November 2012.Penutupan ini bermula 1 Disember 2012 sehingga kerja-kerja baikpulih siap pada akhir bulan Jun 2013.Oleh demikian saya memohon ahli-ahli jemaah menunaikan solat di masjid berhampiran iaitu Masjid Tun Rahah Bangsar Village, Masjid Ikhlasiah Kg. Kerinchi,Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq Jalan Ara Bangsar, Masjid Negara, Surau Jumaat Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya dan Surau Jumaat Muhammadi Angkasapuri.
Oleh demikian kenyataan daripada orang tidak bertanggungjawab mengatakan kita menutup masjid adalah tidak benar sama sekali kerana penutupan masjid untuk dibaiki demi untuk keselamatan dan keselesaan jemaah.Sehubungan itu jangan ada pihak yang bermain politik dan isu ini diputarbelitkan kerana JAWI dan Kerajaan sentiasa berkhidmat untuk meningkatkan syiar Islam di negara ini.
Ooooh,rupa-rupanya tutup sementara je sebab nak buat penyelenggaraan.Bila dah siap baiki nanti bukalah semula masjid tu..
Eh benda macam ni pun Nurul Izzah boleh buat kecoh, sampai keluar kenyataan dalam Keadilan Daily kononnya "Umno BN kini pula sanggup menutup rumah Allah demi kejahilan politik mereka."
Adoiiii. Nak pecah perut aku gelak.Tutup sementara sebab nak baiki pun kononnya pasal kejahilan politik? Hahahahahahah... Yang tutup rumah ibadah Islam sebenarnya bukan Kerajaan UMNO BN, tapi Kerajaan Pakatan!
Tak percaya? Kalau tak percaya pergilah tanya sendiri ahli kariah Madrasah Salihiah Kanchut di Alor Setar. Kerajaan PAS Kedah mati-matian nak tutup dan robohkan Madrasah yang dah lebih seratus tahun bertapak di situ semata-mata kerana nak buat kompleks membeli-belah! PAS ni namanya je parti Islam tapi demi wang ringgit sanggup gadaikan maruah Islam! Satu lagi benda aku nak betulkan, Nurul.Arahan tutup sementara dikeluarkan oleh JAWI,bukannya DBKL.
DBKL tak bertanggungjawab menyelenggara masjid, itu tanggungjawab JAWI. Benda macam ni pun kau tak tahu ke Nurul? Lagi satu, Menteri yang bertanggungjawab ke atas JAWI ialah Datuk Jamil Khir,bukannya Dato' Raja Nong Chik. Jadi, bila kau tuduh Dato Raja Nong Chik yang arahkan penutupan sementara masjid, jelas dan nyata kau telah buat fitnah!! Tapi aku tak hairan, dari dulu lagi memang si Nurul ni kuat buat fitnah. Waima bila ada orang bawa kereta secara berbahaya di Brickfields pun dia salahkan Dato' Raja Nong Chik! Come on lah Nurul, berpolitiklah secara lebih matang. Kalau nak dapat sokongan pengundi, turunlah padang selalu dan buat kerja macam Dato' Raja Nong Chik. Jangan asyik nak buat fitnah dan curi kredit hasil usaha orang lain je! Satu lagi yang aku hairan, sejak bila si Nurul ni ambil kisah hal-hal Islam?
Yang aku tahu, dia ni geng liberal yang mahu orang Islam diberi hak untuk murtad, yang menganggap undang-undang anti homoseksual itu undang-undang yang telah lapuk dan menyokong hak golongan LGBT menjalankan aktiviti songsang mereka. Pasal apa tiba-tiba dia nak jadi jaguh Islam pulak? Oooh, sejak imej dia hancur ekoran kenyataannya mahukan orang Melayu diberi hak untuk murtad, maka sejak itulah Nurul cuba memulihkan imejnya.
Dia menyalahkan Dato Raja Nong Chik bila orang Islam meradang ekoran kenyataannya yang jelas anti Islam sedangkan Dato Raja Nong Chik tak paksa pun dia menyertai forum di gereja, Dato Raja Nong Chik tak paksa pun dia jawab soalan tentang kebebasan agama untuk orang Melayu dan yang pastinya Dato Raja Nong Chik tak paksa pun dia keluarkan kenyataan mahukan Melayu diberi hak untuk murtad! Jadi kali ini Nurul Izzah cuba bangkit sebagai jaguh agama Islam dengan membuat kecoh tentang penutupan sementara Masjid Ar Rahman. Sayangnya, isu yang dibangkitkan ini makan tuan. Isu ini sebenarnya langsung tidak memulihkan imej Nurul sebaliknya menyerlahkan kejahilan Nurul Izzah dan Setiausaha Politiknya, Fahmi Fadzil yang cuba mempolitikkan masjid dan ugama! - Apa Kecoh2
Sumber
No comments:
Post a Comment