Pertemuan Dato Sri bersama warga pendidik daerah Semporna telah di langsungkan pada 5hb Mei 2012 di Hotel Seafest. Pertemuan ini di panggil "bual bicara warga pendidik"
Dalam majlis santai tersebut, satu sesi dialog telah diadakan. Pelbagai persoalan telah berjaya di selesaikan termasuk bantuan dua unit bas Sekolah yang di dermakan oleh DSSA bagi tujuan menghantar dan mengambil murid, sebab di kata sebelum ini, pengangkutan adalah punca kenapa kehadiran murid sekolah agak lembab berbanding murid yang mempunyai kemampuan. Pembaikan pendawaian letrik di Sekolah Simunul, juga telah mendapat bantuan untuk di baik pulih dengan kadar segera, tidak di lupa agenda memantapkan pendidikan daerah, satu kerjasama yang lebih berkesan akan di ikat demi kebaikan masa depan anak anak warga Semporna dalan bidang pendidikan, antara Dato Sri dan anak anak tempatan yang berjawatan tinggi dalam kerajaan. Isu isu berbangkit yang lain, peluang anak anak tempatan melanjutkan pelajaran keluar negara juga telah di berikan perhatian serious oleh Dato Sri Shafei Apdal.
Dan banyak lagi Isu isu berbangkit yang berjaya di selesaikan.
Terbukti, tuduhan yang kononnya kepimpinan daerah tidak prihatin terhadap pendidikan anak anak tempatan, ia hanyalah provokasi politik yang tidak berasas.
No comments:
Post a Comment