Wednesday, December 19, 2012

Bidasan Terhadap Blog Peribadi Pak Anwar

Artikel ini bertujuan untuk membidas kenyataan Pak Anwar dalam blognya yang mengkritik Perdana Menteri/PAU 2012 di bawah tajuk "Politik Kebencian dan ketakutan Najib dan UMNO"


Sebenarnya hanya sedikit hujan Tuan PM yang menyentuh kepolitikan PR terutamanya Pak Anwar di PAU itu hari berbanding Gerombolan beliau yang hampir setiap malam berpusing kepelusuk negara bagi memberi ceramah pada masa yang sama memburukkan kepimpinan PM. Saya tidak tahu kalau ada dalam ceramah Pak Anwar dimana beliau menganjurkan pelbagai formula ekonomi, pendidikan serta keadilan sosial untuk di nilai. Yang sebenarnya polisi pendidikan, ekonomi serta keadilan sosial telah lama tersedia yakni di bincang di peringkat Kabinet (Transformasi Ekonomi & pendidikan) jadi tidak perlulah ia diucapkan di perhimpunan besar seperti itu.

PR hanya tahu mempersoal perkara yang sebenarnya jelas telah di laksanakan atau mungkin akan berlaku. Kemungkinan 13 Mei akan berulang semula, tidak mustahil. Kalau di lihat dari kesepakatan dalaman PR, DAP itu yang sebenarnya mendominasi. PAS cuba menegakkan hudud tapi DAP yang menghalang. Kelompok Melayu PR menyarankan biar Tuan Haji Hadi yang menjadi PM andai konon PR yang memerintah tapi DAP juga yang menghalang. Kalau begitu keadaannya untuk apa PAS berada di dalam dan kenapa DAP beriya iya menyaran biar Pak Anwar yang menjadi PM dan bukan Haji Hadi ? maka itu tidak mustahil andai 13 Mei akan berulang. Terbaru Politik Gombak yang berdarah, ini juga antara tanda tanda 13 Mei akan berulang.

Juga tidak usah berpolimik dalam soal agama, memang benar hanya UMNO yang mampu memperjuangkan Islam sebagai Addin di negara ini. Lihat sahaja kenyataan Nurul Izzah baru baru ini, walaupun ia mendapat pembelaan dari beberapa orang Ulama tempatan tapi PAS tidak pula berbunyi, kenapa ?. Sedangkan ulama dari seberang (Indonesia) membidas keras kenyataan Nurul Izzah dan disarankan agar dia bertaubat.

Pada saya segala hujah para perwakilan termasuklah tuan PM adalah perkara biasa dalam PAU khasnya dan umumnya Politik Malaysia. Tiada apa yang kedengaran ganjil sepertinya menakutkan/mengugut masyarakat sebabnya semua yang di kata adalah benar dan ada kemungkinannya akan berlaku. Berbeza dengan PR, jelas mereka di kuasai DAP/PAP dan DAP/PAP yang bertanggungjawab atas tercetusnya peristiwa 13 Mei

1 comment:

Unknown said...

erm..tak tau nak kata per..:)