Wednesday, December 19, 2012

PKR Semporna Kini Bercelaru

Membaca artikel perihal senario politik Semporna di portal Sabahkini, tersenyum di buatnya. Penulis menyalahkan Dr Zamree sebagai pengacau politik sedang Puan Nazmahwati dikatakan sebagai calon yang kononnya banyak berjasa dan akan memungkinkan beliau mendapat kemenangan yang besar bila nanti bertanding menentang Dato Sri Shafie Haji Apdal :). Ada empat hal di sini :-

1. Sesama parti saling bercakaran, ini menampakkan kepada kita bahawa calon calon PKR ini memang tiada niat untuk konon membela nasib rakyat malah lebih kepada dendam politik.

2. Hasil dari perpecahan ini juga, jelas bahawa kepimpinan tertinggi PKR tidak mampu mengawal senario politik pertengahan sekaligus mereka tidak dihormati sebagai pemimpin teratas. Kalau begitu keadaannya bagaimana dengan rasa hormat bakal calon calon ini pada penyokong di peringkat bawahan ?

3. Dalam haraki politik PKR Semporna, Puan Nazmahwati yang lebih layak untuk bertanding walaupun di katakan jawatan politik yang beliau sandang tidak sah sebagai Sri Kandi oleh kelompok Dr Zamree

4. Dr Zamree tidak menghormati kepimpinan Ketua Cabang yang penting menjadi calon, soal perpecahan itu belakang cerita. Secara prinsipnya ketua itu harus di hormati kalau ingin melihat organisasi itu berjalan dengan lancar tapi ini sebaliknya. Walaupun pada asasnya Dr Zamree yang lebih layak/berpotensi untuk bertanding berdasarkan kelayakan akademiknya berbanding Puan Nazmawati tapi beliau tidak boleh berbuat begitu, nampak jelek sebab bersifat autokrasi.

Kesimpulannya, kedua dua calon yang berebut ini tiada potensi untuk menang, jadi jangan rosakkan undi anda demi mereka :)


No comments: