Pengarang buku ini Zainon Ismail atau nama penanya C.N Al-Afghani. Beliau telah lama bersama PAS selama tempoh 27 tahun. Ketaksubannya pada PAS melebihi segala galanya termasuklah sanggup mengkafirkan ayah dan abangnya hanya kerana mereka berbeza idealogi politik. Dia menceritakan bagaimana PAS itu sudah lari dari landasan perjuangannya. Dia juga mempersoal kembali kenyataan Haji Hadi yang mengkafirkan UMNO pada tahun 1981 dan mengesa agar beliau menarik balik amanat tersebut. Pada dia Haji Hadi perlu berbuat begitu biar nanti dia boleh keluar dari rasa bersalahnya yakni terlepas dari amanat tersebut.
Jangan pula ada yang kata, yang dia ini sudah dibeli UMNO atau dia ini pembelot. CN Al-Afghani, secara jujurnya cuba merungkai kemelut PAS yang kian hanyut bersama DAP demi politik dunia.
Carikan saya buku puaka ini......... Yeeeeeha
No comments:
Post a Comment