Membaca artikel yang cuba mengetengahkan kelemahan Dato Sri Shafie Apdal. Penulisnya berumur 33 tahun, menetap di KL, suka melancong bilang juga meletakkan dirinya sebagai seorang seniman :) dan pasti dia berasal dari Semporna.
Beliau memberikan 4 alasan/sebab kenapa konon Dato Sri Shafie wajar
tidak di calonkan. Saya cuba bidas 3 dari perkara tersebut sebab yang 1itu terlalu sampah sifatnya.
1. Jambatan Pulau Bum Bum tetap berada di tangga teratas sebagai alasan kelemahan kepimpinan daerah terutamanya Dato Sri Shafie itu sendiri. Sudah berkali kali sebenarnya persoalan ini dibincangkan samada di Facebook atau di tempat tempat terbuka seperti di Kedai Kopi :)
Pada tahun 2009, Pak Lah mengumumkan peruntukan sebanyak 3 bilion untuk Pembangunan negeri Sabah termasuklah pembinaan Jambatan ke Pulau Bum Bum tapi di sebabkan kegawatan EKONOMI pada tahun itu maka projek tersebut terpaksalah di batalkan. Jadi kita sebagai masyarakat yang dikatakan bijak, harus melihat pembatalan tersebut sebagai jalan untuk memulihkan EKONOMI negara yang ketika itu sedikit gawat. Bukan hanya projek ini yang di batalkan malah projek Iskandar Malaysia di Johor juga turut di batalkan. Jadi tidak timbul soal sengaja untuk tidak membina jambatan tersebut sekaligus di lihat sebagai kelemahan pemimpin. Tidak berdiam selepas itu Dato Sri Shafie tetap mengingatkan Dato Jaujan agar beliau kerap merujuk pembinaan jambatan tersebut ke Kementerian Kewangan, hampir setiap bulan Dato Sri Shafie mengingatkan Dato Jaujan.
Akhirnya pada 28 Feb. Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor telah mengumumkan pembinaan tersebut dengan perbelanjaan RM 25 juta. Dan sekarang Kementerian itu dalam proses perundingan dengan pelbagai agensi. Jelas bukan, pembinaan Jambatan Bum Bum bukannya retorik pemerintah seperti yang di canang pihak pembangkang/lawan. Bukan seperti PR, organisasi PR baru saja mengumumkan Bajet 2013 mereka, tapi tiada pun disebut Bajet untuk pembinaan Jambatan Pulau Bum. Kalaulah benar PKR prihatin dengan Pembangunan daerha Semporna sekaligus kisah dengan pembinaan jambatan tersebut, pasti PR akan memasukkannya sebagai tanda keprihatinan.
2. Konon Kronisme dan sabotaj penyokong Umno. Macam saja ada parti politik di dunia ini yang tidak mengamalkan kronisme sekaligus sedikit mengayakan kaum kerabat terdekat. Hakikat ini perlu di terima dengan hati yang terbuka. Lihat saja penjualan aset UNISEL di Selangor, penjualannya pasti pada kroni PR tak kan pada penyokong UMNO kot. Projek mega membina rumah rakyat Kedah (gagal) tak kan dibagi pada penyokong UMNO kot dan bukannya Amansuri Residences (milik PR) :) dan tak kan isu tanah yang seluas 0.44 hektar di Flat Taman Manggis, Pulau Pinang di jual pada orang orang UMNO/BN kot, dan banyak lagi perkara yang di lakukan kerajaan PR yang bersifat kronisme. Ladang Rakyat di Kelantan, yang bukan kroni menggigit jari sebab tidak mendapat lot tanah. Maka itu jangan berpolimik dengan kroni ya, masyarakat sudah faham tu.
3. Calon pembangkang bukan pilihan calon pilihan Shafie. (lebih kursng begini maksudnya) Penulis kata calon pembangkang di PRU yang lalu adalah calon yang sengaja di pasang biar kemenangan tetap memihak pada Dato Sri Shafie Apdal
Tuduhan fitnah lagi dusta semata semata tu. Calon PKR pada PRU12 yang lalu adalah Mentua saya, beliau sanggup menjual sebahagian tanahnya yang ada di Pegagau sebagai perbelanjaannya di pilihan raya. Jadi tidak timbul soal di pasang segala.
4. Skandal Artis. Pada mulanya saya tidak mahu memasukkannya untuk dibidas seperti mana yang saya janjikan di awal awal tadi tapi memandangkan faktor sampah ini mampu mengelirukan rakyat, maka saya juga terpaksa.
Begini, pihak PR (Zuraidah) sibuk mempersoal konon skandal ini sebagai penyelewengan wang rakyat sekaligus cuba menunjukkan kerendahan moral Dato Sri Shafie.
Biar saya kata awal awal, skandal itu adalah fitnah semata mata, cuba bayangkan Zuraidah membenarkan kenyataan yang datang dari seorang pemandu yang fasik, kenapa tidak fasik kalau dia hanya mengangkat angka1.5 juta sebagai wang sogokan kepada Zahidah. Siapapun boleh buat tuduhan seperti itu. Kita mahu dengan transaksinya sekali, kalau ada rakaman CCTV dalam bank sebagai bahan bukti ketika pemandu itu memasukkan wang kedalam akaun Zahidah, lagi elok, soalnya itu semua tidak ada, maka itu ia berunsur sampah. Kita juga mahu, seperti kelakuan moral Azmin bersama perempuan simpanannya, gambarnya jelas terpapar yang tidak boleh disangkal. Juga rakaman video Pak Anwar bersama China Dollnya, itu baru namanya tidak bermoral. Adeh. Soal konon keintegritian, Zuraidah itu yang lebih teruk, baru sepenggal jadi YB sudah memakai pelbagai jenis Kereta mewah, apa itu berintegriti ?
Himmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm
No comments:
Post a Comment