Bukan hanya bercanggah dalam isu ini tapi pada banyak hal. Yang menyebabkan DAP mengelar Kelantan sebagai negeri yang tidak bertamadun. Dan yang terbaru isu khalwat sesama nonmuslim, ia telah mendapat perhatian yang serius dari kepimpinan DAP. Isunya di sini, sedang menegakkan hukum Islam di peringkat negeri pun mendapat tentangan keras dari rakan sekutu yakni DAP apa lagi menegakkan hudud di peringkat negara atau mungkin di setengah negeri. Peliknya kenapa PAS tetap bersekutu dengan DAP ? Ada yang menyaran agar kita merujuk pada Perjanjian Hudaibiyah sebagai alasan untuk menghalalkan hubungan politik PAS dengan DAP. Pada saya itu bukan alasan yang boleh diguna pakai alsebab sudah berulang kali PAS mendapat tentangan DAP......... Jadi kenapa tetap bersekongkol ?
Profesor dari Australia Dr Kessler meramalkan kekacauan akan berlaku dalam parti PR, seminggu dari tarikh KONON bila mereka berkuasa. Alasannya mudah, PAS akan cuba menegakkan hudud sedang DAP(PKR) setia dengan pendiriannya, yakni tidak mahu. Beliau juga bingung apa agaknya polisi yang akan digunakan....... :)
Kalian melihat UMNO untuk bangsa Melayu sahaja dan bukan rumpun Melayu (sedang UMNO hanyalah sekadar brand). Sabah dan Sarawak adalah sebahagian dari rumpun Melayu, maka itu mereka layak berpartisipasi dengan gagasan yang memartabatkan bangsa Melayu bawaan UMNO........ MCA memperkudakan UMNO ? Sedang PAS yang cuba menyuarakan hudud pun, DAP sudah menunjuk taring. Buktinya yang saya kata DAP lebih bijak berekonomi (memperalat politik untuk ekonomi) dari PKR/PAS, kes Hassan Ali. Beliau di pecat hanya kerana HA cuba menegakkan Islam (jualan arak/ekonomi). Nah di mana buktinya yang UMNO di peralat MCA ?
Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. Merujuk bahawa portal Malaysia Insider harus meminta maaf atas kenyataan portal itu pada 13 Mei 2012 dengan tajuk Hadi sticks to hudud stand, unfazed by Karpal's view. Sebenarnya portal itu memberitakan keadaan sebenar apabila Karpal mengulas kenyataan terbaru Tuan Haji Hadi Awang yang PAS tetap akan melaksanakan hudud walau di sangkal DAP. Karpal juga di sangkal oleh pemuda pemuda PAS pusat atas kenyataanny, dengan mengugut PAS akan keluar pakatan jika DAP tetap tidak bersetuju. Tapi pada akhirnya apa yang berlaku, PAS juga yang tunduk melutut. Nampak tak di mana kekuatan parti DAP dalam pakatan ? :) nah maka itu
No comments:
Post a Comment