Pengerusi DAP Perak, Ngee Koo Ham akhirnya mengaku yang dia ada memiliki tanah di Kelantan menerusi konsesi balak yang mengguna nama Syarikat Upayapadu Sdn.Bhd. Seperti yang di dakwa Exco Perak, Datuk Hamidah Osman ketika sidang DUN Perak berlangsung.
Kenyataan Datuk Hamidah Osman membuat Karpal Singa naik beran lalu meminta Ngee untuk menjelaskan perkara itu.
Walaupun sebelum ini pihak media banyak mengajukan soalan pada Ngee tapi beliau tetap menafikannya yang dia tidak terlibat. Hinggalah Karpal membuat kenyataan yang dia akan memanggil Ngee dan beberapa orang ahli CEC bagi mendapatkan penjelasan skandal tersebut.
Pun begitu, Ngee menegaskan yang beliau ada menghantar penjelasan skandal tersebut kepada Karpal dan pada ahli CEC melalui Email, maka itu dia tidak akan dipanggil untuk menghadap Karpal bagi memberi penjelasan.
Kalau benar tidak terlibat kenapa tidak saja pergi menghadap Karpal ? Kenapa perlu memberi penjelasan melalui email ?
Ingat selepas skandal ini selesai melalui perlembagaan DAP. SPRM akan datang mengambil tempat Karpal sebagai badan penyiasat yang pasti akan membuatkan Ngee menggeletar ketakutan dan pasti ini juga akan mampu menjelaskan yang DAP tidak lari dari skandal rasuah dan masalah keintegritian, tidak seperti yang mereka canang yang mereka bersih dari perlakuan moral yang jejek.
Wahhhhh jeleknya DAP/PAR cakap tidak serupa bikin
No comments:
Post a Comment