Hudud....
Untuk mencari persaksian atau penguatkuasanya yang luhur lagi boleh dipercaya dalam melaksanakan Hudud saya ingat Malaysia belum lagi melahirkannya. Atau masyarakatnya yang faham bagaimana Hudud itu boleh dilaksanakan,saya ingat pun masih kecil bilangannya.....Pelajar pelajar muda yang ada di Mesir sekarang ini pun belum tentu mampu untuk melaksanakannya........Hudud akan terlaksana kalau separuh dari penduduk Malaysia yang beragama Islam, zuhud dalam penghidupannya, globalisasi tidak menampakkan ini akan terjadi, ya mungkin satu hari (lama lagi kot)
Dari segi mana Malaysia boleh melaksanakan Hudud? Untuk mendokong hudud semua masyarakat harus arif tentang agamanya, jangan lahirkan peguam peguam sekular dikalangan melayu atau sekat semua kemungkinan untuk rakyat terjebak dalam kemaksiatan.......Saya beragama Islam, dan saya tahu Hudud adalah hukum Allah, isunya bagaimana ia dilaksana sedang kita masih memikirkan dunia secara total, masih lagi ambil gambar untuk ditayang, yang mungkin boleh menzahirkan fitnah.......Hudud memerlukan prinsip dan ketokohan Islam seperti Khalifah 4 yang mashyur, ketokohan seperti mereka perlu dilahirkan dahulu.
Siapapun yang mempelajari biografi Nabi,akan menemukan berbagai bagai hukum yang tidak sama perlaksanaannya dalam pelbagai situasi. Contohnya hukuman yang keras terhadap orang yahudi Bani Quraizah. Sedangkan terhadap kaum musyrik Mekah, Nabi bersikap lemah lembut dan memaafkan mereka. Perbezaan sikap ini disebabkn oleh perbezaan akhlak orang Yahudi dan Orang orang Arab,perbezaan kejahatan mereka dan perbezaan situasi mereka pada saat itu...Kita Melayu Islam tidaklah sejahat Yahudi yang perlu dihukum keras. Saya menyokong hukum hudud dalam kerangka yang tersusun cantik dari atas hingga kebawah....Sebab itu fatwa boleh berubah berubah kerana perubahan zaman,tempat,keadaan dan adatistiadat......Titik.
No comments:
Post a Comment